Terkenang semasa dulu,..Hatiku merasa rindu..

righthanded linda aka konda

Mereka ada masa lalu aku..itu aku pasti


memori

memori



memori

terima kaseh kerana melawat aku di AZKABAN

righthanded linda aka konda



haha,
dalam byk2 perkare tak best yang berlaku,
AKHIRNYA....
ade gak bende bes yang akan berlaku
ALHAMDULILLAH...
:)

my lovely MAK nak datang Gannu!!!!!
oso my lovely mokta :)
YAY!!! HEPI..HEPI...HEPI...:)
lalalalalalalalalala~~
kene kosongkan diari untuk 2 hari tuh...
ohhh...cam samting yang memberi cahaya dalam malam gelap kot..huhuhuhu...
Thanks ALLAH..syukur..syukur..
ape nak kirim ek...hum..
ye,...bekalan tempoyak sudah semakin habis,nge nge nge ~~

n 1 more thing, my Besfren since form 4
Epi, akan balik ke Gannu soon..
Haha..cik mejistret..Saiye hepi kamu dah nak abes..
mesti bes nanti, kamu kan nk sgt jumpe cik strawberry n cik apis manan
yg now 2 2 pown kat Gannu.
dah kamu n cik apis manan kan "kepala" IMTIAZ
y not, taun neh kite wat gathering kat Gannu ajew..
n, baru2 neh pown Naim n the geng of IMTIAZ ade rancang2 vacation kat pulaw2 terengganu.
I'll arrage sumting special for u guys..:)
waaaa bercuti!!! ske ske!!

IMTIAZ!! rindu gile ah kat kowang...tugas kowang kene kumpul wit je byk2 kay..dan amek borang cuti awal2...hehe..tu je..

UPDATE! 29 mac 2009

:)
*sengeh lame2 :)
my adik perempuan (Ngah) akan mengakhiri zaman praktikal nya bulan mei neh, and check result ? :) ya! die maw datang ke mari..ya..ke Terengganu..menghabeskan cuti..Tujuan utama, maw memancing..hehe..She likes fishing verymuch :) and maybe my youngest sis pown akan datang sekali kerna tyme tuh pown adalah tyme cuti semester....trimas kerna melawat kakak korang yang dah hampir maw gela kat Azkaban neh..hehe..jempot..jempot..mari..mari..hehe, March 1 bulan yang gela dasyat dan menghorrorkan, i reli hope, mei and april akan jadi lagi baik..:) insyaallah..



UPDATE! 28 mac 2009Semalam saiye dapat my 3rd bufday prezen.. tak sangke. Neway, Thanxs guys.bende terakhir yang buat aku teringatkan masa lalu dan korang..priceless..





-Thanks coz buat saiye senyum lebar pagi neh :)

about this pic, nampak x muke org dalam air tuh? haha horror x? gambar ini di ambil oleh Emma Place kat Hull's Aquarium in the U.K. gambar muke tuh di percayai hantu.. OMG pic neh buat aku ketaq lutut nak wat night dive..huhu..

and sumber dari the sun said :

The aquarium – on the banks of the Humber estuary – was built on the site of an isolation hospital, where smallpox victims were held.

It’s not the first time ghostly goings-on have been reported.

A night watchman claims to have spotted a shadowy figure in the TimeLine, which charts the history of the world’s oceans.

Colin Brown, chief executive of The Deep, said: “We are a scientific centre and we’re sure there must be a logical explanation.

“It’s just that we can’t find it.”

*credit to PADI @ multiply


* naseb bukan mat mesia..nak pecaye ke x? hummm :? adakah hanya teknik komputer?

teka - teki hati

righthanded linda aka konda

bukan aku tak mahu ketawa, aku cuma takut untuk menangis lagi..mintak maaf.
makanya, aku akan berfikir dulu sebelum ketawa, supaya tidak berlebihan.. itu pilihan terbaik kan..:)
bukan aku malas nak bukak mulut..kan ajaran kate, lagi banyak kita bercakap, makin banyak dosa kita tambah, diam adalah jalan terbaik..:)
mungkin pada org lain, hubungan sesama manusia tiada makna, tapi bagi aku ia sangat istimewa..
aku slalu berteka - teki sendiri, adakah keadaan akan semakin baik ataw tidak, humm hari- hari aku berteka - teki sebenarnye..tomato dan strawberry, tomato dan nemo, matahari dan pelangi, matahari dan kuda, kuda dan nemo...hum...tah lah..teka - teki yang tak berjawapan..

ok la..
aku nak bagi teka-teki..
dalam banyak - banyak binatang
binatang ape yang bertelur dan beranak..?
kire dua-dua la..
ni mungkin ade jawapan...

Tanpa Pelengkap itu Janggal

righthanded linda aka konda

layang-layang tanpa tali
sampan tanpa kemudi
kereta tanpa stering
komputer tanpa keyboard
sup tanpa sudu
kuali tanpa sudip
game tanpa joystick
akuarium tanpa ikan
rumah tanpa tingkap
orang tanpa tangan
balik kampung tanpa beg


setiapnya tetap dipanggil ia ( layang-layang, sampan, kereta, komputer, sup, kuali, game, akuarium, rumah, orang, balik kampung)walaw tanpa pelengkapnya (tali,kemudi,stering, keyboard, sudu,sudip, joystick,ikan, tingkap, tangan,beg) cuma ia sedikit janggal..tidakkah?

jadi, aku tak risau,
aku masih dipanggil aku walau tanpa pelengkap-pelengkap ku
cuma ia hanya sedikit janggal

apa beza jarak dan pemisah?

jarak ia hanya jauh tapi tak terpisah,
pemisah?
dah sah-sah ia hanya untuk memecah belah saja..
walau ia di depan mata..
mungkin awak mahu pemisah itu
ye, saiye bole tolong
mungkin ia untuk sebuah kebaikan

p/s: abg moto, bole tak hidup kan CAN saiye secepatnya..

refreshing taste

righthanded linda aka konda


tangan lalu,
tolong sambut aku,
kau masih di situ kah?
jika ya, tolong lah sambut aku..
kerana aku dah sepi..

hari dulu sudah ada keputusan,
buat apa aku persoalkan,
hari dulu sudah ada tujuan hidup,
buat apa aku cari dia
hari dulu sudah ada teman baru,
buat apa aku di situ
hari dulu ada komitmen lain yang perlu dia ambil berat
buat apa aku maw sibuk


baik, aku akan sambut tangan lalu,
aku harap tangan lalu masih disitu
di sini aku tak punya apa selain kesedihan yang buat aku bingung
kesedihan yang tak sudah2
kerja yang berlambak2

hari dulu, aku sedih kamu semua tiada
mungkin aku terlalu bergembira dihari lalu
maka hari ini aku sedih
jaga lah diri masing-masing
aku akan ada jika kamu semua perlu
tapi aku takkan menyuruh diri aku untuk berada disitu
aku sudah malas untuk jadi pengemis
jagalah diri masing-masing
juga untuk aku, aku akan jaga diri sendiri..

mahu makan stawberry cicah madu..itu saja..oh,
juga refreshing taste..sangat refresh..

Ceritera Dulu Kini

righthanded linda aka konda

Terengganu, 21 Mac - panas terik.. tapi langsung tak dapat mengeringkan hati aku yang hambar. Tiba-tiba hujan dengan lebatnya..juga tidak dapat mendinginkan hati aku yang hambar. Dua cuaca yang sangat kontra dalam satu hari yang singkat, sama seperti yang terjadi pada hidup aku yang singkat.Kenapa lah aku banyak sangat ketawa dulu, sampai hari ini aku terkapai-kapai berhempas pulas untuk mencari mancis untuk menyalakan senyum aku. Walau aku jumpa mancis nya, itu belum bermakna aku mampu untuk menghidupkan..oh susahnya untuk kembali senyum..kalau aku tahu begini, aku tak mungkin mahu ketawa besar dulu..

Aku rindu zaman sekolahku, hidup dengan gembira, dengan himpunan rakan2 yang semuanya sekepala, memanggil aku dengan nama ENDE, owh aku rindu panggilan itu..mandi, mencuci di Blue House, sebuah rumah beratap biru yang di dalamnya terhampar marmar biru yang menampung bergelen2 air untuk aku dan rakan2 ku mandi (semua tahapian mesti taw umah neh). Selalu di momokkan konon nya Blue House kami ini ada manusia luar yang slalu skodeng, ah kami tak ambil tahu itu, kami mandi di dalam, mana mungkin mereka nampak..Oh hanya siapa yang pernah mandi di situ saja yang tahu nikmatnya..pernah aku mem-plan kerja gila semasa semua manusia pulang bercuti, aku mengajak dia, dia, dia oh aku tak ingat berapa org, haha..pergi berenang di dalam kolah Blue House..indah nya saat itu..aku sejak dahulunya mmg terkenal dengan kerja gila..tapi semua kerja gila itu akan mengingatkan aku dengan kenangan lama.

suatu cuti, kawan2 sekolahku membawa peralatan memasak dari rumah masing2. tujuan= untuk memasak sendiri hidangan tengah hari kami..(sejak dahulu lagi mmg suka mem-plan projek masakan, sbb itu sekarang aku sangat arif mengenainya) yang pada masa itu cuti panjang yang dewan makan tidak beroperasi, Aku sekali lagi menjadi Chief De' Mission, hidangan tengahari itu, Tomyam dan telur dadar dan beberapa menu sampingan..kami memasak untuk ramai org, kene memasak berulang kali kerana periuk nya hanya la sebuah rice cooker kecil, haha. betapa sukarnya untuk menggoreng telur dadar di dalam rice cooker pada waktu itu.walawpon hidangan nya tak seberapa, tapi saat itu masih tertancap di fikiran aku..masak bersama, makan bersama owh indahnya kenangan..

Pernah aku di tingkatan empat dipaksa untuk mewakili rumah sukan dalam acara bersajak..waahhh!! sangat berjaya ya saiye bersajak..ketua rumah sukan ketika itu adalah kakak angkatku, kak Tibet namanya, dialah yang memaksa aku menyertai pertandingan yang menghorrorkan itu.. manakan tidak aku bukan golongan sastera yang tahu bersajak syair, intonasinya juga aku tak pernah tahu.Teringat kisah aku semasa di darjah lima, mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita. akibat terlalu gabra dan lapa kerna tak lalu makan pada awalnya, akhirnya, aku pengsan semasa sedang menyampaikan cerita bertajuk "Nabi Musa dan Ratu Balkis".Aku sangat takut peristiwa itu berulang kerana perasaan semasa sedar dari pengsan sangatttt..memalukan!..berbekalkan sajak hari merdeka karya Usman Awang, dan seorang pelajar lelaki tingkatan 1 yang aku upah untuk memengang bendera di sebelahku, aku baca sajak itu dengan intonasi membaca surat khabar.bole?haha..aku sangat malu dan mahu lekas turun, aku nampak, wajah menahan gelak kawan-lelaki aku merangkap mr kingkong di hujung dewan. Thank to me kerna buat malam pertandingan malam itu menjadi acara membaca berita jam sepuluh. Stat dari hari itu aku bersumpah takkan mendeklamasikan sebarang sajak lagi..aku mmg takde bakat..haha

aku bukan pelajar bijak di sekolah cuma bila setiap kali peperiksaan besar aku mungkin hanya bernaseb baik. aku juga bukan pelajar kesayangan guru, mungkin kerana sifat "otai' aku tidak bersesuaian dengan tema sekolahku, haha, aku memang tak peduli semua itu, kerana aku senonok begitu. aku juga bukan prefect ataw perfect..prefect pada aku= skema,,,tiba2, rakan baik ku diminta menjadi prefect..hehe..tak mengapalah rakan, awak dah berjaya menjadi prefect yang bagus awak taw walaw pada mulanya dia beria2 menolak tawaran ustat itu..Aku sangat tidak suka prefect pada ketika itu..kerana mereka tali barut warden..haha..aku pernah ponteng kuliah maghrib dan menyorok di dalam loker..wah pada masa itu saiya maseh muat untuk duduk lepak dalam loker ye..hehe.,.nanti, andai anak2 ku kantoi kerna menyorok dalam loker, aku hanya mungkin akan tersenyum..:)..kerana kenakalan aku di sekolah, aku berjanji takmaw menjadi pendidik, kerna aku yakin anak murid ku nanti akan lebeh degil dari aku. tapi jika aku betol2 menjadi pendidik pown, jangan harap lah kamu untuk menyorok, sume tempat yg kamu nak menyorok tuh sume cikgu dah pernah try..haha..bersedia lah untuk kantoi..:)

Aku seorang pen-sukan..bolehkah ayat ini..hehe..ya, aku juga bermain sukan dahulunya, sekolah aku, bilangan atlit boleh dikatakan ramai, aku bermain biasalah, sukan wanita, netball, tidaklah begitu terer, hanya biasa. saat paling tak dapat dilupakan semasa aku di tingkatan 5, pd ms ini aku menjadi kepten, dan hanya pergi ke tempat pertandingan dengan berjalan kaki. tiba2 boleh masuk ke peringkat final (peringkat daerah ketika itu, sekarang aku tak taw di panggil apa) walau pada awalnya ia amatlah mustahil..dan ia terjadi pada tarikh hari lahirku yang ke 17..haha..aku ketika itu, masih bertubuh kecil, tidaklah sebesar ini.hehe..Aku juga suka merejam lembing, jgn tak percaya, aku pernah memecahkan rekot daerah dahulunya di suatu temasya sukan, mungkin kerana sukan ini, ia membesarkan bahu aku..haha..itu cerita dulu..

dulunya, rakan-rakan ku menggelar aku sebagai 'pusat' rakan2, kerana aku bisa menggabungkan berbagai2 kumpulan kawan menjadi 1..aku berkawan dengan semua org. mereka kata aku kawan yang baik (pd pandangan mereka). tapi sekarang, aku tidak pasti aku masih menjadi pusat kepada kawan2 lagi ataw tak, yang aku tahu, aku sekarang duduk di tengah2, tidak paham, ataw tak mahu paham apa yang berlaku, melihat mendengar tanpa sebarang tindakan, tidak menyokong ataw membantah mana2 pihak yang semuanya keras kepala. ataw aku mungkin sudah tidak menjadi seorang kawan yang baik lagi. (T_T).. semuanya buat aku kehilangan senyum..

Setiap yang berlaku punya alasan

righthanded linda aka konda

Manusia natijahnya suka membuat kesimpulan sendiri.Adakah kita termasuk di dalam golongan ini.

Al-Hujuraat ayat 12, bissmillahirahmanirrahim..
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani.


aku? ya.aku mengaku..aku kadang kala nya dan boleh di katakana n kerap juga membuat adaian sendiri. Sesuatu berlaku, walau kita hanya mengerti secebis dari cerita, oh kita dengan senang2 nya  membuat andaian, cth: melihat si polan wanita, dan si polan lelaki berjalan berduaan, kita dengan mudah membuat andaian, mereka adalah pasangan kekasih..maka bermula lah episode mencari cerita mengenai nya dan memperkatakan @ mengumpat..siapa kekasih nya sebelum ini..mengapa dia putus, dan sebagainya.melarat pula bab memberi komen, oh mereka tak serasi..yang lelaki nya hensome gie..yang wanita nya tidak..timbul lah ayat, ”bagi aku, tak seswai langsung diowang tuh”.  Ah, jgn nak menuding diri kepada org lain yang selalu  yang buat kata begitu, kata kan saja, “aku mmg selau buat begitu”.

Tapi hari ini, aku mula sedar. Sebenarnya kawan-kawan, setiap  yang berlaku itu PASTI ada sbb nya.Usahlah kita persoalkan. Dia, mereka, mesti punya sebab melakukan sesuatu, mereka, dia ataw siapa saja sudah dewasa, bukan lagi budak kecil yang boleh kita kata dia tidak matang atau apa. Kalau masih belasan tahun mungkin kita boleh tunjuk ajar.tunjuk ajar sahaja,  Tapi tetap kita tak perlu persoalan. Dia ada alasan sendiri, dan mungkin alasan itu kita tidak pernah terlintas pon di dalam benak kepala. Kita boleh mengatakan itu ini, sebab kita tak tahu kesengsaraan mereka, masalah mereka. Kita tak memalui rentetan hidup dia. Di lingkungan umur 20-an ini, walau sebesar mana sifat tidak logic mereka, mesti ada terselit kematangan. Apa yang aku pohon cubalah mengerti rakan di sekeliling kita. Tak perlu kita Tanya mengapa mereke begitu mengapa mereka begini, dan tak perlu kita membuat kesimpulan sendiri hanya dengan apa yang kita lihat. Tak perlu kamu cuba pahami apa yang terjadi.itu hidup dia.tak perlu lah kita belagak matang, dan orang lain semuanya tidak.oh sematang mana kamu, pasti ada juga khilafnya. Apa yang kita perlu buat, ada bersama mereka bila mereka perlu, tak perlu kita kepoh2 bertanya itu ini, bukan kita wartawan pown. Sampai masa kamu tahu akan hal sebenarnya, kamu mesti rasa bersalah kerana tidak bersamanya sebelum ini.

Bukan semua cerita perlu kita kongsi dengan semua. Bagi aku, aku akan tetap bersama rakan-rakan ku,walau siapa pown mereka. Tak kira bagaimanapown keadaannya, mereka tetap kawan aku. Tak perlu sesiapa menyogok aku dengan kata2 nista mereka yang menjadi kawan aku..senista mereka, aku tahu mereka ada alasan untuk melakukan itu ataw ini. Untuk memilih itu ataw ini. Aku bukan org mulia untuk memilih siapa kawan aku. Siapa yang pernah ataw akan menjadi kawan aku, itu anugerah tuhan untuk aku. Selagi kawan tidak melakukan pengkhiatan di belakang aku, mereka tetap kawan aku. Selagi aku perlu untuk mereka, aku akan tetap di sini. Dan kamu, si pencacai jalanan yang suka membuat kesimpulan, aku tidak kisah kamu. Kerna kamu tidak termasuk dlm senarai kawan aku lagi.

Fahamilah setiap yang berlaku itu, ada alasan nya..itu saja..semua ada alasan. Kembalilah pada Dia.

Kawan, walaw di mana kamu berada, walau aku tidak di sisi, jadi lah kuat. Walaw jasad aku di sini, Semangat aku bersama mu,

"Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud"
(kredit to Mawi n KRU)

Slamat Hari Chenta :)

righthanded linda aka konda

Morning!!!
hehe..hari ni aku bangun dengan bersemangat...
TODAY IS 14.3.2009
SELAMAT HARI CINTA!!!!( jerit kuat2)


143 means a lot to me..swejak sekian lama..:)
1=i
4=L.O.V.E
3=y.o.u

smlm kul 12.30 tgh mlm aku kemas2 bilik2, cantik2 sapu2 habuk2, sapu sampah..
rini aku basuh baju, lipat baju kemas2, kemaskan rak cantek2...
wah saiye sgt ceria ye hari neh..
selamat hari 143 to ol my fren..
i love u ol...

my one pown da beli tiket balik..n thank god, die postpon tarikh balik ke esok..
hehe
slamat hari 143 one..
i love u..ehek~~ :)

today my mokde kol pagi2..
hehe..tibe2 rindu umah..huhu
my sis ngah n my bro heri balik umah rini..
n ade big kenduri kawen kat seblah umah aku..waaa rindu my kg..
nak balik jew rase..
da la tiket flight ke KL rm1 jer.
lebey kurang tiket bas jer kali + tax..
takper la...nanti sok aku kol mak..coz kalo rini, gerenti die xlayan phone punye..mesti tgh sibuk masak untuk org kawen..hehe..
slamat hari 143 my family
i love u mak, abh, ngah, jemi, seha, heri, cu n family n all my big famlily..
i love u all

semoge xde bende2 foul happen today..
saiye nak senyum sepanjang hari..
to aixat, ko pown kene hepi2..

rakan seperjuangan, 143 to all of u:

umt's:she,yus, joy jaybe,zoul, pae,kimi,nenek,kecik,hajar,rad,bai,kak ena,kak nak,kak nina, bujal dll
tahapian's: sherfah,reza,AP, ya, naim, izah, ajep, H, gjah, mimie, gloe, haja, dayah so, apis manan dll
SKB:sazlin,jannah,asma,imi,faka dll
Team volunteer:R, ejaz,kama, su, nadia, nora,
Team POST (Prestige Outdoor Sport) : abg ayien, abg mi, kak su, man,elin, fad, azad,na, awen.cik wan dll.
Team Explorer Adventure: rob, abg kamal,cik amran, lan UM dll
Team Diver UMT : merang, syed, nazim, madi, cik bob, sheikh, jebeh, kak pidah, kak ct, ebek, madi medic dll.
dan sume rakan yg pernah seperjuangan ngn aku sejak tadika hingga la master neh..okep..:)
diharap korang happy walau dimana juga la kowang berada

p/s: kepada badukang, happy belated bufday..:)

-daripada smbut hari valentine (14.2) tuh yg sah2 hari meraikan kejatuhan islam, bek la tuka ke 14.3..(ade la gk releven nye sikit) hehe..

aku maw...

righthanded linda aka konda

KURUS
misi meng-kuruskan badan

1)makan nasi sekali sehari ataw xpayah nasi, ganti ngn sup or roti.
2)makan mlm (kalo perlu) seblom kul 8..sepatotnye xpayah pown (kawan2 mintak maaf kalo menghampakan korang nanti..(T_T) huhu)
3)jogging at least 5 hari seminggu selama sejam
4)pil pati halia (6 biji) seblom tdo..
5)urutan losyen mustajab lime and ginger extract.

doakan aku kawan2..
berat badan saiye dah melampaw..
owh terlupe..tdo perlu di kurangkan..

ini bukan sbb comforter..tp ia lebey dari itu..
waaaa rase nak nages bile mesin timbang kat GIANT kate aku "fat"
bab* tol mesin tuh!
aku paham bile ade sape2 yg obes rase nak pegi bunuh diri..
waaa rase nye sangat horror..
aku akan berusaha..
chaiyok linda..

aku suda kembali kawan-kawan

righthanded linda aka konda

Aku di sini lagi...
kembali ke sarang
hilang keserabutan..
tenang kembali..

anak-anak mummy...
sihat2 la kamu ye..

huhu..
owh..aku suda 24 taun..
hepi bufday to me..
owh belated...

teman2..
meh nak plok sekali
mphhhh!!
buat ilang rindu..
thanx taw korang :)
muacx!!

Untuk kamu yg terase 'kau' itu kamu.

righthanded linda aka konda

#turn on lagu roman picisan by dewi-dewi

Jgn kau tanya aku ke mana,
Jgn kau tanya aku mengapa,
Jgn kau ambil tahu aku,
Jgn kau kisah.

Jgn di ungkit aku diam,
Jgn di ungkit aku sombong,
Jgn di ungkit aku mencuka,
Jgn di ungkit aku berbeza.
Jgn diungkit aku kerek.

Aku ingin lari,menjaoh.
Jgn kau cari.
Ini untuk kedamaian aku.
Jgn kau kisah.

Oh! aku terlupa

righthanded linda aka konda

Kan bgus kalau wujud alat pengukur kaseh syg. Kita akan taw siape yg betol2 syg kan kita,siapa yg tidak,dan siapa yg kita paling syg.huh.pondan nye,jiwang.hekhek..hati,kenape dgn awak? Awak dah x waras ke.huh..jantung,kenape berdegup kencang? Awak xsihat or awak maseh terkejot. Otak, stop thnking of that damn thngs! Plz..saiye akan pegi jaoh,jgn risaw..hari yg indah,tlg bwk saiye bersame.jaooh jaooh. Eh? Encik..tlg saiye bley? Tlg jgn wat perkara lepas kepada die. If saiye taw ada,siap la kamu..rase nk mkn strawberi cicah madu..

P/s: saiye juge mahu alat untuk wat sume ikan saiye betelor.huhu

Dulu, dia aku bersama,beriringan di tepian pantai,tatkala remang datang, bersama,berpimpingan, oh,
Itu dlm mimpi saja.
Aku terlupa.