ini kisah orang ulu- abang-kakak diterbangkan angin

righthanded linda aka konda

Pada awalnya, semua nampak sempurna, dekat, rapat, bahagia
semua bagaikan keluarga..
bersembang, bergurau, mengutuk, berbincang, bertukar cerita, menasihat-nasihati
setiap kali pertemuan, pasti dinanti
pabila perpisahan, pasti mengharapkan pertemuan seterusnya
bila bersua, pasti senyuman di hela
bila bersua, pasti semeja bertukar bicara, bertukar belanja
budak itu diajar satu persatu mengenai kegemaran yang di kongsi bersama,
bagaikan abang-adik, kakak-adik
di ajar cara untuk begitu, untuk begini
di ajak untuk ke situ, untuk ke sini
pabila ada kesusahan si budak, pasti ada pertolongan dihulur..
bagaikan satu keluarga, yang cukup rencah aturnya
ada lebih disana, kurang disini
setiap salah si budak, pasti ada tegurnya..

tapi selepas itu,
semua berubah
mungkin masing-masing sudah berasa mereka banyak lebihnya dari si budak
mereka banyak baik nya dari si budak
mereka banyak mahirnya dari si budak
mereka yang lebih pahalanya dari sibudak
mereka banyak amalnya dari si budak yang bersalah kerna punya kehidupan peribadinya sendiri..
di akui..khilafnya si budak disitu..
bodohnya si budak di situ
tapi begitukan tindakan balas sepatutnya golongan abang-abang, kakak-kakak yang sebetulnya??
begitukan sebenarnya nilai2 yang diterapkan sejak dulu..
mana pergi segala pembetulan sejak dulu diamalkan..
mungkin..si budak itu tiada lebihnya untuk mereka
tiada wang ringgit untuk ditaburkan
tiada pangkat lebih untuk disandarkan
tiada pengetahuan lebih untuk dikongsikan
tiada harta mahal untuk di ceritakan
tiada amal lebih untuk di sogokkan

biarlah..
andai begitu yang sepatutnya
baguslah..
sekurang-kurangnya si budak tahu, semua yang terdahulu hanyalah
tipu
hubungan kita-kita dahulu hanyalah palsu

si budak- si budak
kenapalah alpa,
manusia, tanpa kelebihan, tiada nilai dimata manusia lainnya
tak apalah,
mereka mungkin lebih amalnya
kurang dosanya
baik budinya..

tapi satu yang pasti, tidakkah mereka tahu
ceritera peribadi mereka-mereka
tidak pernah si budak ambil tahu
tidak pernah membuka telinga walau terjadi didepan mata
jauh sekali menyampaikan
tidakkan itu cukup untuk bikin keluarga masing2 bahagia?
atau mungkin tiada cerita untuk disampaikan
hummm?~~
tepuk lah dada
tanya lah selera..

cuma si budak terkilan
suasana ini bikin si budak mahu pergi jauh
menghabiskan sesuatu yang dimulakan dengan pantas
diikutkan hati, mahu ditamatkan kegemaran yang memenuhi diri
si budak cuma rindu situasi yang dulu-dulu~
abang kakak dulunya itu ada, kini sudah diterbangkan angin~~
mungkin berada di atas tiada turunnya
tapi yang pasti,
si budak itu, tidak selamanya akan di bawah..
biarlah~~

mereka kan tiada dosa~~

tahniah~

righthanded linda aka konda

aku seperti mahu lupa
seperti mahu senyum
seperti mahu ketawa
seperti tiada siapa di tepi sisi aku, menolehku

dan,
aku dah pun lupa
dah pun tersenyum
dah pun ketawa
dan berjaya buat2 tiada siapa disisiku, menolehku..

tahniah..
tp..
malam td aku mimpi hantu lagi..
demmmm..
apasal tibe2 penyangkut baju aku bertukar hantU....
ARGHHH~~

righthanded linda aka konda

Pada suatu masa yang lalu, aku bersama2 team Abg Lan dari SR Eco Challange Sdn. Bhd membawa 60 org pelajar sekolah Menengah Tok Dor mendaki Gunung Tebu yang Tinggi nya 3000 kaki dari aras laut, dan sejauh 7.5 km dari Lata Belatan, Besut..XPDC ini adalah bertemakan 'Cintai Alam Sekitar'.Aku dan Comey menyertai XPDC ini adalah atas invitation seorang rakan lama (Cikgu di sekolah tersebut) yang memahami minat aku dalam mountaineering..pada awalnya beliau (yakni kawan lama) tak berniat pown nak naik gunung tuh..tetapi selepas beberapa hari, beliau sibuk bertanyakan kasut yang seswai untuk hiking..rupa2 nya, beliau berhasrat untuk menawan puncak gunung Tebu itu dengan alasan "macam best jer" --> bole tahan gak alasan die..Pada hari yang di janjikan, kami pown bertolak la ke besut menaiki Kenderaan Awam SP Bumi, dan Di jemput Oleh Kawan Lama Menaiki 'honda Stremyx' beliau..malam pertamanya, kami berkemah di lata belatan, dan keesokkan nya bertolak memulakan pendakian..Pada awal pendakian, budak2 skolah memang telah dilatih, memecut laju seperti menaiki powil (4 wheel Drive), kami di belakang hanya berkelajuan Enjin arang batu..Kawan lama aku cukup bersemangat, walaupon badan terasa penat tetapi beliau gagahkan kaki mendaki..berjalan...berhenti..dan berjalan lagi..banyak yg kami jumpa sepanjang perjalanan, antaranya, kala jengking, lintah hammer head, beluncas dan pokok2 yang pelik..perjalanan sejauh 6 km tak terasa langsungkerana sepanjang jalan kami berhibur dengan teka-teki dan cerita lucu..Tetapi apabila sampai di 1 km terakhir, mental kawan lama aku mula teruji dek trek mendaki tang tak ada landai nya...selepas 1 bukit, bukit lain menjelma....Puas di pujuk untuk meneruskan perjalanan, bermacam ayat motivasi..beliau berkeras tidak mahu meneruskan perjalanan..tetapi kaki beliau angkat sedidikit sedikit..hingga ke 10 langkah terakhir untuk ke puncak, beliau berkeras mengatakan beliau sudah tidak mampu,selepas berhempas pulas...akhirnya..beliau sampai juga ke puncak dengan bergaya nya...:) ... beliau sangat bersemangat dan harus mendapat pujian..bertubi2 sms dan panggilan telefon diterima bertanyakan keadaan beliau, berpuluh ucapan tahniah diterima.ikuti wawancara bersama kawan lama aku setibanya di Puncak Gunung Tebu


video

Keesokkannya, kami turun semula ke Lata Belatan..perjalanan semakin lancar, dan beliau berjalan dengan gembira..khabarnya, Pengetua Sekolah sangat tidak sabar menanti beliau di kaki gunung..:)

p/s: congrats to u my kawan lama :)

wah..lahir pown mak saiye :)

righthanded linda aka konda




mine = 7.3.**
my mom's = 3.7.**

selamat hari lahir Mak Njang Maznam
semoga panjang umo dan murah rezeki:)

p/s: sudah ilang mood untuk menaip ape2..haih~~