Kononnye cool La wat camtuh??

righthanded linda aka konda

Maaf sahabat, aku mahu bicara ini
dari hati aku yang terkilan
biar ia bukan tajuk akhbar hari ini,
tapi ia adalah tajuk akhbar dulu-dulu..

mahu apa kerusi stadium itu dibakar sini sana
mahu apa mercun dipancis tatkala bukan Tahun baru cina
mahu menunjuk apa merusuh sini sana
ini bukan kali pertamanya
mahu menunjukkan apa..
kononnya mereka itu orang-orang garang
orang-orang bukan orang yang membina tempat itu?

itu tanda amarah tak berbendung
itu tanda hati busuk tak mahu kalah
itu tanda bacul tak mahu terima adat permainan
atau sebenarnya itu tanda mereka kurang tamadun

bukan kita salah menafsir,
bukan itu itu mereka bercerita
bukan salah satu dua mata melihat
bukan satu dua telinga salah mendengar
itu salah mereka, bodoh menunjuk ego,
Melanjur kelakuan berlagak hero
berlagak angkuh,
membuka pekong dibontot sendiri
buat malu saja..

ini bukan kisah semua mereka,
bukan kisah anti siapa-siapa
ini untuk mereka yang tak sayang negara aku
Sumpah aku terkilan
dan aku pasti bukan aku sorang yang rasa terkilan ini
Bukankah mereka jua sebahagian Malaysia
haii..Buta malu saja.

p/s: walau aku bukan pencinta bola sepak, tapi mereka itu lagi tak tahu apa.

This entry was posted on Friday, November 13, 2009 and is filed under , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

3 comments

haha~ ini malaysia. aku hanya terkejut andai tak ada seperti itu berlaku bila dalam bola sepak.

bila kehidupan sendiri tertekan, manusia senang hilang kewarasan, tambahan pula emosi menguasai diri akibat selalu terdedah kepada tutor tanpa tauliah.

ini malaysia? its not becoz of "ini malaysia" malaysian dah ramai yg bertamadun bijan:)

cu: yep..agree..