Kononnye cool La wat camtuh??

righthanded linda aka konda

Maaf sahabat, aku mahu bicara ini
dari hati aku yang terkilan
biar ia bukan tajuk akhbar hari ini,
tapi ia adalah tajuk akhbar dulu-dulu..

mahu apa kerusi stadium itu dibakar sini sana
mahu apa mercun dipancis tatkala bukan Tahun baru cina
mahu menunjuk apa merusuh sini sana
ini bukan kali pertamanya
mahu menunjukkan apa..
kononnya mereka itu orang-orang garang
orang-orang bukan orang yang membina tempat itu?

itu tanda amarah tak berbendung
itu tanda hati busuk tak mahu kalah
itu tanda bacul tak mahu terima adat permainan
atau sebenarnya itu tanda mereka kurang tamadun

bukan kita salah menafsir,
bukan itu itu mereka bercerita
bukan salah satu dua mata melihat
bukan satu dua telinga salah mendengar
itu salah mereka, bodoh menunjuk ego,
Melanjur kelakuan berlagak hero
berlagak angkuh,
membuka pekong dibontot sendiri
buat malu saja..

ini bukan kisah semua mereka,
bukan kisah anti siapa-siapa
ini untuk mereka yang tak sayang negara aku
Sumpah aku terkilan
dan aku pasti bukan aku sorang yang rasa terkilan ini
Bukankah mereka jua sebahagian Malaysia
haii..Buta malu saja.

p/s: walau aku bukan pencinta bola sepak, tapi mereka itu lagi tak tahu apa.

Al

righthanded linda aka konda


Exotic hum?

Raya di Kampung Budu:)

righthanded linda aka konda

hari raye makin nak dekat
buat kueh macam nak gile
walaupun badan kate penat
tapi hati aku gembire :)

makan kueh gunting kene mamah
makan bubur lambuk gune sudu
walaupun senang hati duduk di rumah
ikan di hatcheri mulai ku rindu :(

Hari Puasa membuat dodol
panas nya badan tidak terkira
Rasa nak minum berbotol- botol
tapi gile ke? nanti puasa sape nak baya? :0

hari ini mencari buluh
hari lusa buat lemang la pula,
Rumah orang jangan disuluh
Nanti dicekup, hai mane nak sorok muka :]

Rumah dihias seperti istana
sawang disapu setahun sekali
rumput di rumah panjang gila
pergi ikot pian mesin rumput rumah orang tuh memang rase nak baling dengan baldi :0

Kuih disusun satu-satu
tak sampai raye, kuih dah abes kene sudu
Tak tidur malam menjahit baju
itu tahu lepas, tahun ni dah ada satu..trime kasih makcu :)


Nak pecah duit singgit-singgit bank kate maap,
baik ko bagi, kang kene sumpah seranah,
menu tahun ni lemang, rendang, ketupat kuah kacang dan bihun sup,
Jemput la semua beraya ke rumah :)


slamat hari raya, maaf zahir batin
dari linda sekeluarga :)

mungkin dia tidak bagus LANGSUNG..(kot)

righthanded linda aka konda

Mungkin hatinya tak sekejam firaun

tapi

Mungkin hatinya tak cantik berlian

Mungkin hatinya tak sesuci beras

Mungkin hatinya tak sebaik Siti Kadijah r.a

Mungkin hatinya tak setelus cermin

Mungkin hatinya tak lembut sutera

Yang penting dia tidaklah baik sangat

Yang penting dia tidaklah penyayang sangat

Yang penting dia tidaklah pemurah sangat

Yang penting dia tidaklah pandai sangat

Yang penting dia tidak plastik

dan

Yang penting dia tidak palsu

seperti kamu

Patah itu jurang dingin

righthanded linda aka konda

Dahan yg patah, kalau di gam semula, dapat kah daun2 di hujungnya hidup seperti sebelumnya?
Kerusi yang patah, dapat ia sekuat dulu kalau digam semula?
Tiang yang patah, dapatkah ia seteguh dulu kalau dicantum semula?
Pensel yang patah matanya,dapatkah digunakan untuk menulis walau matanya itu disambung semula?
Tulang yang patah,akankah ia seutuh sebelumnya.?
Dahan, kerusi, tiang,karbon,tulang pada asasnya adalah teguh buatan asalnya.
Tapi bila ia putus, patah ia tidak akan seteguh sebelumnya,
Biar pun telah disambungkan.
Pun begitulah hubungan sesama manusia.

'semakin utuh pertalian, sekali terputus,semakin tipislah kemungkinan untuk kembali utuh semula'

Itu kenyataan hidup
Dan itulah makna jurang yang dingin.

Katanya mahu berhenti mencari madu

righthanded linda aka konda

Si kupu2 malam
Katanya mahu berhenti dari mencari madu bunga
Manakan mungkin
Bukankah itu fitrahnya..
Mahukan bunga bukan kerna bunga itu bunga
Bukan kerna bunga itu cantik
Bukan kerna bunga itu wangi
Hanyalah kerna bunga itu punya madu
Bak kata pepatah, Habis madu sepah di buang?
Yep..pepatah tak pernah salah memerli hidup
Tinggal lah bunga layu..

Katanya mahu berhenti mencari madu bunga
Mungkin takut diabetis lagaknya
Alim lagaknya
Tinggi bahasanya
Puitis ayatnya
Bernas nasihatnyanya
‘jangan begitu, membahayakan kesihatan’
‘jauhi dia, dia berniat jahat’
Tidak kah perlu menuding jari itu dahulu ke dahi sendiri?

Katanya mahu berhenti mencari madu bunga
Berhenti di sini, ke sana hinggapnya
Dan kesana lagi, ke sana lagi, dan ke sana lagi
Tah bila hentinya
Mujurlah kupu-kupu hidupnya tak lama
Sampai umurnya mungkin tercapai niatnya
Yang mahu berhenti mencari madu.
Sampai ke tarikh itu,
Satu soalan saja mahu ku tujukan,
(andai kau paham bahasa manusia)
Brapa banyak madu lagi yang kau perlukan wahai kupu-kupu malam..humm?

Hujan dan tangis itu untuk kebaikan

righthanded linda aka konda

Pabila hujan turun,
Ada yang " alaaamak..hujan la pulak"
Ada yang " Waa hujan...best nye.. sejuk sikit.."
Apapun terjemahan hujan,
Samada Protes atau terima,
Ia..
Kadangkala membawa banjir besar,
Tapi kebanyakkannya mencambahkan biji benih,
Menyegarkan tanaman
Imapaknya hujan ini,
Membawa erti antagonis dan protagonis. Betul?

Ya..
Tapi ia tidak lain hanyalah untuk kebaikan
Tak percaya?
Banjir bersar, akan membawa erti syukur dan insaf ke dalam hati al - insan
Tumbuhan hidup, ya..sudah pasti dan nyata apakah maksud oksigen dan kehidupan...
Tidakkah kita hanya perlu bersyukur?

Kerna Tangisan ibarat hujan yang datangnya bersebab, perginya bertujuan
Tidak lain hanya untuk Kebaikan.

G Ge Gem Gema Gemar

righthanded linda aka konda


Perkara yang digemari
Digemari oleh insan yang tak digemari
Mendatangkan rasa tak gemar lagi kepada perkara yg digemari
Mungkin perlu cari kegemaran lain
Dan pastikan insan yang tak digemari tidak terlibat.
Arggh! Dammit!
Why dont u just get out!
Berambus! Bole?

P/s: is there any1 knows how to breed nudibranch?consultant needed!!

ini kisah orang ulu- abang-kakak diterbangkan angin

righthanded linda aka konda

Pada awalnya, semua nampak sempurna, dekat, rapat, bahagia
semua bagaikan keluarga..
bersembang, bergurau, mengutuk, berbincang, bertukar cerita, menasihat-nasihati
setiap kali pertemuan, pasti dinanti
pabila perpisahan, pasti mengharapkan pertemuan seterusnya
bila bersua, pasti senyuman di hela
bila bersua, pasti semeja bertukar bicara, bertukar belanja
budak itu diajar satu persatu mengenai kegemaran yang di kongsi bersama,
bagaikan abang-adik, kakak-adik
di ajar cara untuk begitu, untuk begini
di ajak untuk ke situ, untuk ke sini
pabila ada kesusahan si budak, pasti ada pertolongan dihulur..
bagaikan satu keluarga, yang cukup rencah aturnya
ada lebih disana, kurang disini
setiap salah si budak, pasti ada tegurnya..

tapi selepas itu,
semua berubah
mungkin masing-masing sudah berasa mereka banyak lebihnya dari si budak
mereka banyak baik nya dari si budak
mereka banyak mahirnya dari si budak
mereka yang lebih pahalanya dari sibudak
mereka banyak amalnya dari si budak yang bersalah kerna punya kehidupan peribadinya sendiri..
di akui..khilafnya si budak disitu..
bodohnya si budak di situ
tapi begitukan tindakan balas sepatutnya golongan abang-abang, kakak-kakak yang sebetulnya??
begitukan sebenarnya nilai2 yang diterapkan sejak dulu..
mana pergi segala pembetulan sejak dulu diamalkan..
mungkin..si budak itu tiada lebihnya untuk mereka
tiada wang ringgit untuk ditaburkan
tiada pangkat lebih untuk disandarkan
tiada pengetahuan lebih untuk dikongsikan
tiada harta mahal untuk di ceritakan
tiada amal lebih untuk di sogokkan

biarlah..
andai begitu yang sepatutnya
baguslah..
sekurang-kurangnya si budak tahu, semua yang terdahulu hanyalah
tipu
hubungan kita-kita dahulu hanyalah palsu

si budak- si budak
kenapalah alpa,
manusia, tanpa kelebihan, tiada nilai dimata manusia lainnya
tak apalah,
mereka mungkin lebih amalnya
kurang dosanya
baik budinya..

tapi satu yang pasti, tidakkah mereka tahu
ceritera peribadi mereka-mereka
tidak pernah si budak ambil tahu
tidak pernah membuka telinga walau terjadi didepan mata
jauh sekali menyampaikan
tidakkan itu cukup untuk bikin keluarga masing2 bahagia?
atau mungkin tiada cerita untuk disampaikan
hummm?~~
tepuk lah dada
tanya lah selera..

cuma si budak terkilan
suasana ini bikin si budak mahu pergi jauh
menghabiskan sesuatu yang dimulakan dengan pantas
diikutkan hati, mahu ditamatkan kegemaran yang memenuhi diri
si budak cuma rindu situasi yang dulu-dulu~
abang kakak dulunya itu ada, kini sudah diterbangkan angin~~
mungkin berada di atas tiada turunnya
tapi yang pasti,
si budak itu, tidak selamanya akan di bawah..
biarlah~~

mereka kan tiada dosa~~

tahniah~

righthanded linda aka konda

aku seperti mahu lupa
seperti mahu senyum
seperti mahu ketawa
seperti tiada siapa di tepi sisi aku, menolehku

dan,
aku dah pun lupa
dah pun tersenyum
dah pun ketawa
dan berjaya buat2 tiada siapa disisiku, menolehku..

tahniah..
tp..
malam td aku mimpi hantu lagi..
demmmm..
apasal tibe2 penyangkut baju aku bertukar hantU....
ARGHHH~~

righthanded linda aka konda

Pada suatu masa yang lalu, aku bersama2 team Abg Lan dari SR Eco Challange Sdn. Bhd membawa 60 org pelajar sekolah Menengah Tok Dor mendaki Gunung Tebu yang Tinggi nya 3000 kaki dari aras laut, dan sejauh 7.5 km dari Lata Belatan, Besut..XPDC ini adalah bertemakan 'Cintai Alam Sekitar'.Aku dan Comey menyertai XPDC ini adalah atas invitation seorang rakan lama (Cikgu di sekolah tersebut) yang memahami minat aku dalam mountaineering..pada awalnya beliau (yakni kawan lama) tak berniat pown nak naik gunung tuh..tetapi selepas beberapa hari, beliau sibuk bertanyakan kasut yang seswai untuk hiking..rupa2 nya, beliau berhasrat untuk menawan puncak gunung Tebu itu dengan alasan "macam best jer" --> bole tahan gak alasan die..Pada hari yang di janjikan, kami pown bertolak la ke besut menaiki Kenderaan Awam SP Bumi, dan Di jemput Oleh Kawan Lama Menaiki 'honda Stremyx' beliau..malam pertamanya, kami berkemah di lata belatan, dan keesokkan nya bertolak memulakan pendakian..Pada awal pendakian, budak2 skolah memang telah dilatih, memecut laju seperti menaiki powil (4 wheel Drive), kami di belakang hanya berkelajuan Enjin arang batu..Kawan lama aku cukup bersemangat, walaupon badan terasa penat tetapi beliau gagahkan kaki mendaki..berjalan...berhenti..dan berjalan lagi..banyak yg kami jumpa sepanjang perjalanan, antaranya, kala jengking, lintah hammer head, beluncas dan pokok2 yang pelik..perjalanan sejauh 6 km tak terasa langsungkerana sepanjang jalan kami berhibur dengan teka-teki dan cerita lucu..Tetapi apabila sampai di 1 km terakhir, mental kawan lama aku mula teruji dek trek mendaki tang tak ada landai nya...selepas 1 bukit, bukit lain menjelma....Puas di pujuk untuk meneruskan perjalanan, bermacam ayat motivasi..beliau berkeras tidak mahu meneruskan perjalanan..tetapi kaki beliau angkat sedidikit sedikit..hingga ke 10 langkah terakhir untuk ke puncak, beliau berkeras mengatakan beliau sudah tidak mampu,selepas berhempas pulas...akhirnya..beliau sampai juga ke puncak dengan bergaya nya...:) ... beliau sangat bersemangat dan harus mendapat pujian..bertubi2 sms dan panggilan telefon diterima bertanyakan keadaan beliau, berpuluh ucapan tahniah diterima.ikuti wawancara bersama kawan lama aku setibanya di Puncak Gunung Tebu


video

Keesokkannya, kami turun semula ke Lata Belatan..perjalanan semakin lancar, dan beliau berjalan dengan gembira..khabarnya, Pengetua Sekolah sangat tidak sabar menanti beliau di kaki gunung..:)

p/s: congrats to u my kawan lama :)

wah..lahir pown mak saiye :)

righthanded linda aka konda




mine = 7.3.**
my mom's = 3.7.**

selamat hari lahir Mak Njang Maznam
semoga panjang umo dan murah rezeki:)

p/s: sudah ilang mood untuk menaip ape2..haih~~

Bunga

righthanded linda aka konda


Bunga apa ada kt kdai hardware? Bunga tayar? Salah! Bunga ros.hehe...

Osom

righthanded linda aka konda


Ok,dlm osom, ni burung ke batu? Kalo ngn air, sape menang..? Aku x kire, ni burung jugak. Azan ko air,ko kalah. G amek speaker.haha

saiye dan peT

righthanded linda aka konda

Aku secara lahiriahnya tak penah mengambil sebarang haiwan untuk menjadi haiwan peliharaan, mahupun haiwan angkat..kalau adapon, mungkin abah, adik aku yang amek..dan aku memang tak pernah terniat..bukan geli atawpun tak suke,..tp cuma bukan jiwa..tak kesah la aku bukan penyayang ataw pown tidak, tapi itu lah hakikat nya..

tapi sejak dua menjak neh..sesuatu yang berbeza berlaku..tak taw la perli ke aper..yang pastinya..mmg buat aku macam~~ errr..ape neh??

okeh..peristiwa 1st..sampai je dari kampong..letak beg..then ZZzzzzzzzzzzz~~
bangun pagi dengan kerkocoh-kocahnye..DANNNNN~~~~ Argggghhhh~~~ ape neh~~




yerrrr!!! anak- anak ini tibe2 keluar dari bawah meja..dengan mata tak bukak nye...dah la 3 eko...arghhhh!!! ape nehhh!! ape nehhh!! dem...histeria di pagi hariii last2 aku letak sume dalam baldi..pastuh aku gi kampus..lalalalalalalalalalallalallalallal~~~

2nd nya..dengan rajin nye pegi mengemas bilik di belakang hatcheri aku..owh bukan..sebenarnye nak hatch artemia..okeh..amek akuarium dalam bilik daannn~~..damn!! ape plak neh...aaaaaaa? hamster she!!!!! aaaaaaa dem..bile mase aku ternak hamster plak neh?? dalam akuarium?? okeh..mungkin bole tuka projek master...master in culturing RAT!! dammit..



3rd.. penat2..kemas2..lapar2..dahage2...okeh..tyme tuk balik da kot..ari pown dah tengahari..jom ah gi lunch..tiber2 elok2 je..okeh~~ awak wat ape atas moto saiye?? pe tengok2?? ok la..saiye mengaku saiye mmg tak ske kucing~~ so awak bole turun skunk..Apakah??~~

And last...neh baru tadi..hari membersih sedunia menukar stor menjadi new PGC..mereka beramai2 keluar meraikan bilk baru..aduyai..naseb yus and alyn tader..or mereka ini mmg bisa histeria melihat ini semua..macam funfair keluar bersukaria..haha..

itu sajalah..
btw, taw la saiye tak ske haiwan peliharaan, tp haiwan2 sekalian, jgn la perli saiye..terase taw tak!!! ahhhhhhhh!!!!

Ini kisah hindustan petang sabtu

righthanded linda aka konda


Occay.
Dia, perempuan,ratu cantik dan diminati ramai tp juga seorang yang kemurungan, tak pernah gembira dengan hidup,gila,pathetic.
Dia,lelaki ni seorang doktor,ayah kepada seorang anak kecil,dan suami kepada arkitek muda yang cantik.
Dia,seorang wanita, ibu, istri yang baik,juga seorang arkitek.
Hidup suami istri begitu baik sehinggalah si pathetic ini hadir,kepada doktor yang konon nya dia dalam usaha untuk memutuskan salur vena nya akibat putus cinta. So pathetic..Doktor yang membantu, menjerumuskan diri mengembirakan si pathetic sehingga mengabaikan istri anak di rumah.si istri tanyakan, di mana kurangnya dia, di dapur kah, sebagai ibukah,.dia merayu kepada suami,untuk tinggalkan si pathetic.si suami tinggalkan istri dengan alasan perkahwinan mereka adalah satu kesilapan. WTF! Itu pun masih si pathetic tak puas hati, xbenarkan si suami pulang berjumpa anak, andai si lelaki lewat pulang di katakan pergi ke rumah istri nya. Dituduhnya si lelaki berjumpa si istri,dan dituduh itu ini padahal dah sah2 si lelaki memilih dia,tp dia masih tak puas hati. si istri merayu dgn si pathetic supaya memulangkan suami nya,kerana itu sajalah dunia nya,padahal si pathetic mempunyai seluruh dunia coz dia kan ratu. Boleh plak, juz bcoz of that (Si istri merayu kt dia) die bley pegi telan ubat tidur berbotol. Gila hum? Ke juz nk tarik perhatian.? Damn! Tak cukup dengan itu dipaksanya si lelaki yg telah bermastautin di rumah nya untuk menceraikan istri. Ok, si lelaki akur lalu dia menceraikan..sudah menceraikan, mahu menjenguk anak sakit juga tidak dibenar.apakah?
Yang sebenarnya, si pathetic bukan pathetic. Sebenarnya dia adalah si gila yang selfish. Dia hanya fikirkan hidupnya, gembiranya dan bahagianya sahaja.. Demmit!

Satu soalan, org camni wujudke?

When the next XP?

righthanded linda aka konda

Pic by : En. Amran
XP :Trans Gopeng - Cameron Highland
Date:2008
Organizer: Explorer Advennture


Rindu maw hiking~~
tuje..
rindu..

Kerusi ini kosong.

righthanded linda aka konda


Ini mungkin kisah klasik

'babe,bole tak ajar aku men piano?'
'ko nk men piano wtpe?' 'ala,aja jela,plz..plz' dgn mke mengharap.
'yela-yela,ptg kang kt jumpe kt blik piano k'
'yay! Ok. Aku nk blaja lagu mimpi yg sempurna bley x?'
'hish! Xd lagu laen ke'
----
Perjalanan ke kolumpo,dlm bas
'babe,aku duk sblh ko ek'
'haih,kn byk lg kursi len'
'bole ke x?'
'hum duduk jela'
'ko nk coklat?'
'xnk la,aku xske coklat'
'ei sdp coklat ni,rase ah'
'mkn la. Ei ape la die ni mkn comot. Bersepah'
-----
'babe, tlg sikat kn rmbot aku ley x?'
'hum,meh cni. Mane sikat nye'
'nah, weh ko pndai x wt dendan?'
'cmne wt dendan?'
'jap. Haha cmni ke wt dendan,mane aku pndai la'
'haha,ni bkn dendan,ni serabai'
----
'babe,jom kua, aku serabot la'
'gi ane?'
'mane2 la,tensen la'
'hum jom' apsal neh'
'aku gado ngn kwn aku,aku match maker kn kwn aku ngn kwn aku yg sorang lg ni,tibe2 kwn aku yg sorang lg ni mintk pts sbb xley lupekn aku.gile ke ape,tah bile aku becinte ngn die tah,tuptap kwn aku ni xnk kwn aku.xpasal je'
'tula ko,len x jgn nk pandai2'
----
'babe,tumpang gi skola,beskal aku pancit la'
'hum,lg 15 aku dtg'
'babe,ujan,bwk payung jmpot aku eh,payung aku adk aku gune g tadika'
'hum ok,siap la'
----
'woit,kua la,aku kt lua umah ko ni'
'sape suh ko dtg'
'dahla 2,xd maknenye duk dlm umah sorang2, gelap2 tu,makin teruk kang,jm aku tman,kt g air terjun.tu ah,kecik2 org kate jgn becinte.dgl,bl pts ni la jd nye'
----
'dah senje neh,jom blik'
'hum jm jalan2 sblm blik,kt tgk sunset'
'weh,jaoh da neh jalan,pnt la'
'ko da ok ke? Xfrust da?'
'tahla ok kot'
'meh aku dukung'
'gela!aku brt la wey'
'cpt la,nk ke xnk'
'hehe.yes!'
----
'apsal xreply msg aku ni. Nape xd org jwb kol neh.haih'
'kol umah la'
'hello,askum makcik, Babe ada?
'hum ni sape ni?'
'linda ni mkck'
'astagfirullah, linda,kamu taktaw ke, Babe bru meninggal semalam,brah hati'
'hah?!!' (pengsan)

----
Babe, ko ada hulurkan tangan setiap kali aku memerlukan.
Ko pinjamkan bahu untuk aku menanges ditinggal orang tersayang
Tapi,hari ini,ko tinggal kan aku menangis tanpa bahu untuk aku bersandar.
Semoga tuhan mecucuri rahmat ke atas rohnya,
Alfatihah.
-aku akhirnya
kehilangan sorang kwn lg-

Wujud tak Alat Pemadam Memori

righthanded linda aka konda

too many memories
too many since i knoe u

from i know nothing
till i know everything

from i feel nothing
till i feel something

from i know nothing bout u
till i know everything bout you

from u know nothing bout me
till u know everything

dont u feel guilty?
maybe to you
im only a toy,rite?

u the one who start this game
but i want to be the one who stop it..
but how?




Pergi (OST Talentime)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

p/s: yeah, ko menang..dem..aku dimainkan sejak awal..that bullshit!!

declare war!!

righthanded linda aka konda

ops..tajuk adalah provokasi semata, tiada kene mengene dengan entry:)

Di satu petang hangat, sampai la ke destinasi beramai-ramai kepenatan. pun begitu tetap bersiap, mengenakan busana "hot", memacu kenderaan "hot", menuju ke tempat penuh kemeriahan..berfungsi sebagai peneman si puteri, duduk sopan di meja santapan..upacara bermula, santap, memotong kek, bergambar..penuh meriah..sang arjuna tampak sopan, gagah, dan tersipu-sipu..sang puteri tampak molek, anggun, manis berseri..segalanya nampak teratur dan megah..di dalam hatiku, berbahagialah wahai sang puteri..bina istana kayangan mu..segalanya sempurna..dikurniakan seorang cahaya kegemilangan..di mataku segalanya masih lagi sempurna..tapi kenapa ia berubah seperti hujan di tengah hari..sang arjuna, kenapa begini? mana pergi sopan, gagah dan tersipu-sipu kamu dulu..kenapa tega kamu menggunakan organ kurniaan tuhan untuk kamu sakiti puteri yang diamanahkan tuhan kepada kamu?? hah!!!..atau sekarang patut aku tukar nama mu..bukan lagi si arjuna..gelaran tepat untuk kamu hanyalah "si bacul yang celaka".. lebih memeranjatkan, itu hanyalah disebabkan oleh sebab nonsense iaitu, tidak membenarkan si puteri milik mu yg memiliki ijazah sarjana muda untuk keluar bekerja, padahal apa yang kamu mampu beri untuk kesenangan si puteri? ada kamu kirim kan bingkisan untuk ibunya di kampung? ada kamu beri bingkisan untuk dia berbelanja?Jantan jenis apakah kamu wahai si bacul??? cemburu buta sehingga membutakan hati..sudahlah begitu kamu pisahkan si cahaya kegemilangan dari manusia yang mengandungkan nya walau si cahaya baru berusia kurang dari bilangan jari sebelah tangan kamu.sanggup kamu sediakan pepatah-pepatah talak untuk santapan si puteri amanahmu??. Manusia apakah kamu ini?? sumpah aku benci kamu..aku benci kamu dan seluruh keturunan kamu dan seluruh keturunan yang seumpama kamu.

sudahlah teramat gembira melihat masjid didirikan, akhirnya masjid di depan sana saja sudah mahu roboh..Apakah?? lelaki bacul celaka..lelaki bacul celaka.ini bukan yang pertama ku jumpa.lelaki-baling-batu-sorok-tangan juga dikategorikan sebagai lelaki bacul celaka. lelaki keluar-malam-lupa-anak-bini juga dikatogorikan sebagai lelaki bacul celaka.lelaki-pandai-buat-tak-pandai-tanggung juga kategori lelaki bacul celaka. haih~~ sudah pupus kah lelaki tak bacul celaka di dunia ini..anda? di kategori mana?

Who's next?

righthanded linda aka konda


Pic: my BFF wed, ana syuhada la'anain

Bile amek gamba,sape duduk tgah tgah die kawen dulu.hehe.so ana,ko kawen dlu antara kite bertiga.Tinggal aku ngan fairuz lg menghitung hari2 bujang. Kite betiga sama, punya kisah yang lama, aku hampir 6 tahun, fai hampir 5 tahun,ko da slamat pon,juga hampir 5 tahun. Pada perkiraan kita,aku yg sepatotnya memulakan coz aku paling lama,tp tahniah ana, selamat meneruskan alam hidup berumah dan bertangga. Aku bangga coz hari ini aku menunaikan t/jwb aku sbg seorang kwn iaitu dtg ke majlis ko wlawpun jaohnye beribu batu..berseri wajah pengantin di dlm persalinan emas. Ana, fairuz,korang mmg xberubah eh. Ana stil dgn kepoh tp prihatinnya, fai stil dgn garang,strict n manja nya,tp aku? Aku yg byk berubah dan mengubah atau diubah dek kehidupan dan masa. Aku rindu kita-kita yg dulu,aku rindu riuh rendah dulu.
'linda, ko jgn ikot mcm fairuz ni. Jd setia.paham?' pesan ana tak berubah sejak dulu smpai skrang
'linda,ko da gemuk la' si fai yg slalu jujur dlm kata2.haih~

Walau 5 tahun tak jumpe, walau 5 tahun tak berpeluk cium, akrab kita ttp seperti dulu.aku harap kita akan bertepuk tampar,bertukar cerita,beriuh rendah lagi.

Kawan, aku tak salah memilih kamu sbg kawan,
Sekali ku katakan kamu kawan,selamanya ia begitu
Biar tanpa berita,
Biar tanpa sua.
Aku disini untuk kamu panggilkan aku 'kawan'
Whatever mine is always mine,
Unless,
Kamu yg pergi bersunyi
Hilang untuk aku lupakan
Guris selagi terboleh
Guting di dalam lipatan

P/s:hari ini terasa lama.

Question mark #2

righthanded linda aka konda


Typical
Anak bongsu
Manje..?

Tak Penah pown pagi hari kat sini berkabus.

righthanded linda aka konda


Bgn pagi
Bukak tingkap
Eh? Ada kabus??
Ahh..basahla baju kalo g pasa nek moto.

Buka paip
Basuh kepala
Aaa.. Ni air ke ais?
Kene mandi laju2,kalo tak,maw krem badan camneh.

Bukak mate
Tarik selimut
'Mak njang, tolon tutop ekon'
Haih,nanti die switch off sndri bile matahari da naik
Natural ekon..
.,.,,,,,,,
Apsal SINI panas sgt,
Pukul 5 rase cm kul 11 kt kg aku.
Dem. Kul 5 aku da bepeluh.
Soo Bandaraya.
Kalo kt kg, jalan pown dlm kabus lg tyme neh

.p/s:kalau berlari, terjatuh, berlari terjatuh,berlari terjatuh. Takkan ko nak stop berlari, n berdiri diam2?nanti org kate ko cacat.kalo asal berlari je jatuh,aku rase ko kn jumpe doktor,coz aku rase ko ada penyakit.aku bimbang, bile ko bia aku lari sorang2,aku takot nanti aku plak yg sesat. Ada paham?

Bunyi hujan itu indah

righthanded linda aka konda


Org tua-tua kata,,

Jangan dibenci keterlaluan,
Yang dibenci tula yg akan di suka,
Oh..mimpi burok...harapan nya, ia tidak begitu.

Jangan disuka berlebihan,
Yang disuka tula yg akan sangat dibenci
Oh,. Aku sedang merasai ini...Tuhan,ampun aku.

Aku sgt suka bunyi hujan
Aku rindu bunyi hujan
Bunyi hujan ingatkan aku zaman kerdil
Ingatkan aku zaman ber nenek ber aki
Ingatkan aku zaman berbasikal
Ingatkan aku zaman menjadi seorang kak long berjaya
Ingatkan aku zaman indah seputih salji.
Aku harap aku takkan benci bunyi hujan.
Kerna bunyi hujan membawa sejarah hidup aku.

Mungkin Mak aku dah tak sabar nak bermenantu :0

righthanded linda aka konda

menyesal pulak rase bila buat janji pada diri sendiri..
haih~~
diri sendiri yang rase bersalah..padahal takde pape pown..
occay, mungkin sedikit gabra..
alah, tp tuh kan atas hal kerje..huhu
yg mak abah adik2 aku mengelabah camtu nape..
tolon jgn buat lawak'nak tunggu saiye ngn bunge manggar' bole tak..haih~~
aduhhhh..
tulis pada tangan sendiri..
ini urusan rasmi..
tak termasuk dalam janji..
tapi janji tetap janji..
ape crite??..
aduyaii..
dah la..
'encik, boleh tak kalo saiye pegi sorang je'
haha..
Gilo..poyo..bodo..
pasal kerje jela..
menggelabah la die nih
bersepah....

saiye homesick ;'(

Sekurang-kurangnya,yang biasa itu PASTI.

righthanded linda aka konda


Seperti hebat
Jika,
Berbaring di kaki langit,
Berpijak di atas awan
Berehat di atas pelangi
Bermandian lahar gunung berapi,
Tapi tidakkah,
Semua nya itu mustahil.

Pilih saja,
Berbaring di ats pasir.
Berpijak di atas bumi
Berehat di tepian pantai
Bermandian laut biru terbentangan.

Perkara yang biasa saja.
Tapi,
Itu kan lebih mungkin.

i Really love u Sweet Candy # Part 2

righthanded linda aka konda

owh rupenye
baru ku sedar
aku suda ketagihan sweet candy..
dem!!!

doc, kencing manes bole bawak mati x humm??

Majoriti kadang-kadang plastik

righthanded linda aka konda

majoroti bukan menang
majoriti bukan ketua
majoriti bukan kongka
majoriti bukan penentu segala
masih perlu tolak ansur
masih ada jalan untuk menidakkan majoriti
majoriti tak sebenarnya betul
minoriti bukan sepatutnya salah
itu gunanya kuasa menilai
itulah kuasa memerhati
itulah kuasa menganalisa
majoriti atau minoriti bukan penentu kebenaran
yang menjadi titik tolak
ialah..................?
itulah Perak Bergolak

P/s: aku bangga aku org Pahang, dan aku bangga aku adalah aku, bukan seorang FAKER.

Entry pondan

righthanded linda aka konda


Org yang pandai merajuk selalunya, tak pandai memujuk.anda di kategori mana? Merajuk or memujuk?

Biarkan>>

righthanded linda aka konda

biar takde org nak sebab muke tak cantik..
daripade org tak nak sbb mulot cam tangki najis..

biar hodoh, daripada perangai burok (lg terok,dah la hodoh, perangai burok lak tu)

biar tak kawen sbb tak cun
daripada tak kawen sebab perangai cam haram( kesian nye ko, patot la tak kawen2)

biar single, daripada ade pasangan tapi perangai cam sial..(naseb la sape jadi gf/bf ko))

biar takde kawan, dari ade kawan yang makan kawan

biar hidop sorang dari ade kawan cakap belakang

aku takkan kawan ngan ko walaupon dalam dunia neh hanya ade ko ngn aku jew yang idop..noktah.

ini peringatan untuk diri sendiri..dan untuk manusia perasan bagus..tp langsung tak cool..sape yg tak terase, haha..sebenar nye ini untuk die..wink*

Question mark

righthanded linda aka konda

why people change?

DEMMIT!!!

righthanded linda aka konda

N ADE PENAMBAHAN..


gile ah..sume kawan2 aku suda maw kawen..uuuuuu~~~..nvm..congrate to all yg nk mendirikan masjid..kalo ade kelapangan, insyaallah, ana hadir:)

Je ne t'aime quand je mlle vous

righthanded linda aka konda

J'ai manquer votre hug ,manquer votre rire, manquer votre confort, manquer votre touch, manquer votre mot mlle l'époque où nous étions ensemble je mlle vous tellement. Vous allez sans rien dire veuillez revenir rapidement ok?

Sepatu itu sendirian

righthanded linda aka konda



Autobiografi:
Kami sepasang sepatu,kami di hasilkan disebuah kilang di tanah air,kemudian dipasarkan di sebuah pasaraya, ramai yang membelek kami untuk dibeli kerana bersuaian dgn kaki mereka, kemudian kami dibeli oleh seorang gadis. Kami dijaga dgn baik.dipakai kemana sahaja. Satu hari di tepi pantai di suatu senja, pasangan ku terjatuh ke dalam laut, lalu di telan ombak. Tuan kami berusaha untuk selamatkan dia.tp ombak terlalu kuat.dia ditelan arus dan pergi..menjauh ke tengah laut. Akhirnya kami biarkan saja. Dan aku kini hanya sebelah sepatu yang tak berguna.tiada pemakai,tiada yang hirau kerana tanpa pasangan aku,aku mmg tak berfungsi..kan bagus kalau aku adalah sebuah rumah bunglow, dah sah-sah tak perlukan pasangan untk bangun sendiri.apakan daya aku hanya sebelah sepatu.
.
..
...
Beku dan tak terluah
Hilang dan tersembunyi
Diam dan membisu
Abai dan terabai
Yang tinggal, kekosongan.





sorry seem to be the hardest word..

righthanded linda aka konda

1st of all, thoung, im sorry..
mak, im sorry
ridhwan razali, im sorry
doc, im sorry
frens, im sorry..

everything were in wrong place
pe yg aku buat semua tak kene..
semua salah
semua menghilang..
nikmat bertukar bala
i just wanna apologize
that all...

Aku benci 1 tanpa 4 dan 3

righthanded linda aka konda

bunga itu layu
lalu kuberi air
ku beri khasiat
supaya ia segar

aku..sedang layu
semakin lemah
semakin sakit
dan cuma aku

satu bermaksud pedih
tolong lah kembali
satu ini sakit
membunuh aku sedikit-sedikit

kembali..
aku akan terus hargai kamu
aku janji
aku benci 1 tanpa 4 dan 3
kebalikan angka keramat aku..
kembali

aku semakin jatuh
dan jatuh..
dan jatuhhh
dan jatuhhhhhhh

reset

righthanded linda aka konda

mahu buat master reset otak sendiri
bolehkan
terlalu banyak virus
terlalu banyak memori palsu
terlalu banyak penipuan
sampaikan otak sudah tak boleh nak menilai
sampaikan aku tak tahu mana yang baik
mana yg buruk
tak tahu mana yg jujur mana yg tidak

Hang!!

mahu restart dan reset....

Jawab soalan berikot..

righthanded linda aka konda


Sipadan?awesome!
Teamate? So-so
Frens?supportive
Dive? Mungkin maw berehat sebentar
Paragliding?sounds good but sowi me gayat
Relationship? Better
Family?rindu
Fulus? Hampir2 kering
Job? 2 menanti
Research?need more perhatian
Pc? Rosak(aduyai)
Bil tepon?lom baya
Banana cokolat?delitiose
Tawau? LA menthol light
Gunung tebu?haih sejak bile bek ngan Mus Adisos neh?
Bilik?bersepah
Jam tgn?2 2 ilang:-(
Muka?teruk
Perempuan tua xsdr diri? Bab*
Sotong sumbat?1 rm5
Berat badan? Tak turun2
Baju?xbasuh lg
Mata?mengantok
Kepala?weng
Nak mandi? Sejuk
Hari ini?panas
Esok?strawberry
Aku? Dingin
Anda? Hilang meninggalkn kesan.
Hati? Beku
Sebab?......

Dive log book #1 : check up dive

righthanded linda aka konda


Hari pertama:
Akhirnya, kaki aku jejak juga di pulau mabul sabah. Sepanjang perjalanan ke sini,menyusuri lautan luas,tiba2 sesuatu yg menarik dapat dilihat,iaitu,sebuah kampung bajau.terletak betul2 di tengah laut,diperbuat drpd papan bertiang kan kayu.tanpa pulau di kiri kanan. Fyuhh! Persoalan 1 bagaimana ia dibina, soalan 2, tahankan ia oleh tujahan angin kencang dan soalan 3, apakah alamatnya jika maw mengutusi surat,hehe.no. 15 kg bajau, tengah laut, sabah.(mungkin).but it was impressed me a lot.
Setiba nya di billabong water chalet,chalet ats air seperti rumah2 di dalam filem duyung (awesome) kami bersiap untuk check up dive yg pertama di bangalow house reef kedalaman maximum 27 meter.di sini terdapat tukun tiruan yg besar menjadi kediaman ikan2 besar. Sp yg menarik perhatian aku ialah frog fish, lion fish(sgt berbisa),anak ocean catfish,n a few cuttlefish.amat bertuah terjumpa sotong besar yg br nak mati,n di ambil menjadi hidangan diner kami mlm 2 (sgt sdp occay).ths dive, i got lil bit prob with my weight belt,n it makes me dificult to decent.finally, ths dive gave me sign of decom sicknes n it was really scared me..huhu.
2nd check up dive is @ Lobster Wall, Mabul Island..were wall dive needed.the depth were 35 meter but the corals were on the wall n we need to drift along the wall,follow the current n keep the bouyancy @ 20 m depth to ovecome the decom sickness or others dive sicknes risk. Lil bit nervous eceli.Here got many marin macro life such as the famous nudibrunch. Many sp of nudibruch we found here n i just cant name it. N fyi,ths was my very 1st xperience dive at wall reef.n a preparation for my next dives @ sipadan.
The last check up dive was under the sea venture. Sea venture was a diver guest house made from old oil rig. Very nice n unique. The depth were 20 m. N here we found many sp of fishes in a big group. I saw a big Morey eel and a very small pigmi sea horse.thanx to ur very best n cool dive master, mr,miding. He teach us a lot.
Mlm nye, menderita sakit kepala akibat minor decom siknes. Hopefully ia x berlarutan.:-).so long.tata.

Arriving @ sabah.

righthanded linda aka konda


Sesuatu yg pahit harus ditelan untuk merasai suatu kemanisan. Perjalanan semalam, KT-KL yg sepatotnya 7 jam tertunda menjadi 9 jam akibat insiden 2 drpd 4 kereta kami terlanggar lubang mengakibatkn rim kerete bengkok dan memerlukan kami menukar tayar. Mujur semuanya selamat juga sampai ke KL. Paginya,hanya smpat tdo selama 2 jam dan kemudiannya breakfast di umah jeff(bro of Z zaidi).tup tap tup tap sudah ke lcct. Tp aku stil rase cm xcukop rehat. My badan start feeling uncomfort n rase nk damam. @ de airpot, we are adviced to wear the mask to avoid any risk of selseme babi which separated over 16 countries including thai and indonesia..Now is 00.02 am 30 april 09. We are now just arriving @ semporna sabah and staying at Arung Hayat Resort, which is very cheap resort to me because the room rate is only rm40 for 1 nite including breakfast n fully aircondition.the room is quit nice n clean. So i thnk i should stop now and take a quality sleep bcoz 2morow by 7 am we need to head to Mabul Island and do some what we called check up dive.so long. Tata:-).

P/s: hopefully me x dmam esok.:'(


embrassez-moi et le sourire pour moi avant que je vais

righthanded linda aka konda

1) me = homesick..[uncle, ur DSLR make me cry tonite..huhu :'( ]

2) me = strawberry cicah madu, me want you to stay beside me..as usual..never make u mine, because u are sweeeeet but too sour and high-fibre (serabut) which is contras with my taste..so u are safe now..:).so i dedicate this song to u [cliks here]

3)me = packing my luggage for my exciting trip..cant wait, really excited but lil bit nervous.."dive trip turn tragic", article in Malaysia Diving Community forum really leave a bad impact in my mind..But nevermind, saiye suda berlatih setahun untuk trip ini ..Hopefully everything will be occay..Pray for me humm?

4)me = want to dedicate this song for those who are sweet together..njoy~~ [cliks here] :))

5) me= will balik kampong A.S.A.P. kangen and craving for mak njang mazenah handmade :)

6)me = to pondanGs , embrassez-moi, serrez-moi dans ses bras et le sourire pour moi avant que je vais. kay? :p (tataw betol ke salah, sila tanye cikgu anda kay)

Promise

righthanded linda aka konda

i broke my promise
....
......
.........
but
who cares..

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

RASA ITU HADIR
karya Faizah Azizan

Kesedihan itu pasti akan muncul
Pada saat kita ketawa gembira

Kesepian itu pasti akan hadir
Pada saat kita dikelilingi teman taulan

Kerana air mata itu hadir
Ketika kita ketawa dan menangis

Rasa tidak berteman itu hadir
Apabila melihat insan lain berteman

credit to: pae peri biru

Pergi la..jaoh..jaoh..

righthanded linda aka konda


Sgt marah
Sgt malu
Sgt susah
Sgt ingin
Sgt mahu
Sgt sunyi
Sgt rindu
Sgt sayang
Sgt sgt syg
,
.
.
Kamu..


Just go
Occay?
Just go


update!

or maybe me should go..
u stay..i'll go..
i hate being a part of you..
it's just about, all or nothing..
n to me, "nothing" maybe is the best way for now..
n im sure, u r praying for that as well..rite..
n..

bye..so long..



**************************************************
take my photo off the wall
if it just won't sing for you.
cuz' all that's left has gone away
and there's nothing there for you to prove.

[chorus]
oh, look what you've done
you've made a fool of everyone.
oh, well, it seems like such fun
until you lose what you had won.

give me back my point of view
cuz' I just can't think for you.
I can hardly hear you say
what should I do?
well, you choose

[chorus]

(Bridge)
Oh,look what you've done
You've made a fool of everyone
a fool of everyone (2x)

take my photo off the wall
if it just won't sing for you.
cuz' all that's left has gone away
and there's nothing there for you to do. 

bagus!!!

righthanded linda aka konda

tercalar dek entri nan satu
tega kamu pergi semata kerana tak mahu aku tersepit
tahu tak betapa aku risaw mengenang kamu yang hilang
setiap hari kesana melihat andai kereta kamu disitu
bertanya penghudi disitu samada kereta kamu disitu
samada melihat kamu di mana-mana..
puas aku sorok rasa risaw
bermacam2 aku cuba untuk sorokkan
aku tanggung itu hanya untuk ubat hati ini
yang rasa kamu mmg tak perlu aku lagi

hanya kerana sbb nonsense yang seperti itu??

sungguh aku benci kehilangan
what ever mine is forever mine
kamu tahu itu..

i Really love u Sweet Candy

righthanded linda aka konda

hey
i just made a mistake
but dunno how to turn back
it's just like, eating sweet candies
but it can cause diabetes mellitus
i love sweet candy but i don't wanna be a diabetic..
how ah?

a) should i avoid sweet candy (that i most love)
or
b) should i take it a little..just to taste..(but it can be continuously)



but i really love sweet candy..:'(




Missing gurl

righthanded linda aka konda


If anybody saw this gurl,plz msg me on missleenthe.blogspot.com

hahahaha~~ lalalalalalala

righthanded linda aka konda

what i want is what i have got!!

kadang2 tak dapat jugak

but for this tyme..YES!!!

:))

Jika kamu hilang...........

righthanded linda aka konda

dia
selalu ada, marahkan , happy kan sentiasa ada..
mengajar pelajaran kehidupan
betulkan sesuatu kesalahan
adakan yang tiada
gembirakan hati gundah
selesaikan hati kusut
dengarkan hati diam
berikan kejutan hidop
aku..
mengabaikan sedikit..mungkin..banyak..
aku = selfish..
dia..maafi aku..

dia, jika kamu hilang
aku akan jatuh dan susah untuk bangun lagi
mana mungkin aku hidop tanpa mu di sisi
yang telah ada selama ini menemani
menghibur waktu siang malam ku..
sehari tanpamu mmg satu hari yg chaos (T_T)

ini untuk kamu....
**************************************************************************
MUSE UNINTENDED

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
he could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

Before you

****************************************************************************
saiye syg kamu wahai SE k660i @ Green backbone ku..heh~~


p/s: saiye dapat fins pink baru..sgt terharu ok...saiye syg kamu baaaanyaaakkkkk...only God knows how much i love You..kamu buat saiye terharu (T_T)

Sipadan, Here i come!!!

righthanded linda aka konda


pic of Sipadan Island, Sabah, Malaysia (the dark area is a deeper sea..the depth are counted as berkilometer. can u imagine it. there's no bottom(ya la. diver only can reach 100m depth for only maximum 9 minute dive, how to go any deeper rite)..uu..lil bit horror..but it could be an extream and super duper experience..(hope so)


My diving team has planned a diving trip to Sipadan Island on Mei..Actually this trip is planned last year..so I've waiting almost 6 month for this exciting trip..Sipadan, one of the most beautiful island in world and now is on track to qualify further in the listing as one of the seven new wonders of nature. .(do vote for it).Sipadan was nominated under the island category in the seven wonders contest and is currently positioned behind Thailand’s Ko Phi Phi, Bora Bora, the Galapagos, Cocos Island and Terra del Fuego. i think, every diver in world have a dream to dive in this diamond island, a diving haven and heaven..the "wall coral diving" sounds very interesting..


Sipadan Island is located in the Celebes Sea east of the major town of Tawau and off the coast of East Malaysia on the Island of Borneo. It was formed by living corals growing on top of an extinct volcanic cone that took thousands of years to develop and one of the richest marine habitats in the world. More than 3,000 species of fish and hundreds of coral species have been classified in this ecosystem. Normally rare diving scenes are frequently seen in the waters around Sipadan. So, before i go there, i'll list all the marine species which can be found in that island, for my references..i want to identify which sp we cant be found in Terengganu's island.(waahhh!! scientific giler..hahahhahahahhaha)







cant wait!! exciting me!! tik tok tik tok tik tok..cepat la mei...
*grin* :))