Si kupu2 malam
Katanya mahu berhenti dari mencari madu bunga
Manakan mungkin
Bukankah itu fitrahnya..
Mahukan bunga bukan kerna bunga itu bunga
Bukan kerna bunga itu cantik
Bukan kerna bunga itu wangi
Hanyalah kerna bunga itu punya madu
Bak kata pepatah, Habis madu sepah di buang?
Yep..pepatah tak pernah salah memerli hidup
Tinggal lah bunga layu..
Katanya mahu berhenti mencari madu bunga
Mungkin takut diabetis lagaknya
Alim lagaknya
Tinggi bahasanya
Puitis ayatnya
Bernas nasihatnyanya
‘jangan begitu, membahayakan kesihatan’
‘jauhi dia, dia berniat jahat’
Tidak kah perlu menuding jari itu dahulu ke dahi sendiri?
Katanya mahu berhenti mencari madu bunga
Berhenti di sini, ke sana hinggapnya
Dan kesana lagi, ke sana lagi, dan ke sana lagi
Tah bila hentinya
Mujurlah kupu-kupu hidupnya tak lama
Sampai umurnya mungkin tercapai niatnya
Yang mahu berhenti mencari madu.
Sampai ke tarikh itu,
Satu soalan saja mahu ku tujukan,
(andai kau paham bahasa manusia)
Brapa banyak madu lagi yang kau perlukan wahai kupu-kupu malam..humm?
This entry was posted
on Monday, August 24, 2009
and is filed under
its not for me..but sumone else..far..far..away..,
kupu-kupu,
TENTANG HIDUP
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
2 comments