Showing posts with label sahabat. Show all posts

Patah itu jurang dingin

righthanded linda aka konda

Dahan yg patah, kalau di gam semula, dapat kah daun2 di hujungnya hidup seperti sebelumnya?
Kerusi yang patah, dapat ia sekuat dulu kalau digam semula?
Tiang yang patah, dapatkah ia seteguh dulu kalau dicantum semula?
Pensel yang patah matanya,dapatkah digunakan untuk menulis walau matanya itu disambung semula?
Tulang yang patah,akankah ia seutuh sebelumnya.?
Dahan, kerusi, tiang,karbon,tulang pada asasnya adalah teguh buatan asalnya.
Tapi bila ia putus, patah ia tidak akan seteguh sebelumnya,
Biar pun telah disambungkan.
Pun begitulah hubungan sesama manusia.

'semakin utuh pertalian, sekali terputus,semakin tipislah kemungkinan untuk kembali utuh semula'

Itu kenyataan hidup
Dan itulah makna jurang yang dingin.

righthanded linda aka konda

Pada suatu masa yang lalu, aku bersama2 team Abg Lan dari SR Eco Challange Sdn. Bhd membawa 60 org pelajar sekolah Menengah Tok Dor mendaki Gunung Tebu yang Tinggi nya 3000 kaki dari aras laut, dan sejauh 7.5 km dari Lata Belatan, Besut..XPDC ini adalah bertemakan 'Cintai Alam Sekitar'.Aku dan Comey menyertai XPDC ini adalah atas invitation seorang rakan lama (Cikgu di sekolah tersebut) yang memahami minat aku dalam mountaineering..pada awalnya beliau (yakni kawan lama) tak berniat pown nak naik gunung tuh..tetapi selepas beberapa hari, beliau sibuk bertanyakan kasut yang seswai untuk hiking..rupa2 nya, beliau berhasrat untuk menawan puncak gunung Tebu itu dengan alasan "macam best jer" --> bole tahan gak alasan die..Pada hari yang di janjikan, kami pown bertolak la ke besut menaiki Kenderaan Awam SP Bumi, dan Di jemput Oleh Kawan Lama Menaiki 'honda Stremyx' beliau..malam pertamanya, kami berkemah di lata belatan, dan keesokkan nya bertolak memulakan pendakian..Pada awal pendakian, budak2 skolah memang telah dilatih, memecut laju seperti menaiki powil (4 wheel Drive), kami di belakang hanya berkelajuan Enjin arang batu..Kawan lama aku cukup bersemangat, walaupon badan terasa penat tetapi beliau gagahkan kaki mendaki..berjalan...berhenti..dan berjalan lagi..banyak yg kami jumpa sepanjang perjalanan, antaranya, kala jengking, lintah hammer head, beluncas dan pokok2 yang pelik..perjalanan sejauh 6 km tak terasa langsungkerana sepanjang jalan kami berhibur dengan teka-teki dan cerita lucu..Tetapi apabila sampai di 1 km terakhir, mental kawan lama aku mula teruji dek trek mendaki tang tak ada landai nya...selepas 1 bukit, bukit lain menjelma....Puas di pujuk untuk meneruskan perjalanan, bermacam ayat motivasi..beliau berkeras tidak mahu meneruskan perjalanan..tetapi kaki beliau angkat sedidikit sedikit..hingga ke 10 langkah terakhir untuk ke puncak, beliau berkeras mengatakan beliau sudah tidak mampu,selepas berhempas pulas...akhirnya..beliau sampai juga ke puncak dengan bergaya nya...:) ... beliau sangat bersemangat dan harus mendapat pujian..bertubi2 sms dan panggilan telefon diterima bertanyakan keadaan beliau, berpuluh ucapan tahniah diterima.ikuti wawancara bersama kawan lama aku setibanya di Puncak Gunung Tebu




Keesokkannya, kami turun semula ke Lata Belatan..perjalanan semakin lancar, dan beliau berjalan dengan gembira..khabarnya, Pengetua Sekolah sangat tidak sabar menanti beliau di kaki gunung..:)

p/s: congrats to u my kawan lama :)

Je ne t'aime quand je mlle vous

righthanded linda aka konda

J'ai manquer votre hug ,manquer votre rire, manquer votre confort, manquer votre touch, manquer votre mot mlle l'époque où nous étions ensemble je mlle vous tellement. Vous allez sans rien dire veuillez revenir rapidement ok?

Terkenang semasa dulu,..Hatiku merasa rindu..

righthanded linda aka konda

Mereka ada masa lalu aku..itu aku pasti


memori

memori



memori

Ceritera Dulu Kini

righthanded linda aka konda

Terengganu, 21 Mac - panas terik.. tapi langsung tak dapat mengeringkan hati aku yang hambar. Tiba-tiba hujan dengan lebatnya..juga tidak dapat mendinginkan hati aku yang hambar. Dua cuaca yang sangat kontra dalam satu hari yang singkat, sama seperti yang terjadi pada hidup aku yang singkat.Kenapa lah aku banyak sangat ketawa dulu, sampai hari ini aku terkapai-kapai berhempas pulas untuk mencari mancis untuk menyalakan senyum aku. Walau aku jumpa mancis nya, itu belum bermakna aku mampu untuk menghidupkan..oh susahnya untuk kembali senyum..kalau aku tahu begini, aku tak mungkin mahu ketawa besar dulu..

Aku rindu zaman sekolahku, hidup dengan gembira, dengan himpunan rakan2 yang semuanya sekepala, memanggil aku dengan nama ENDE, owh aku rindu panggilan itu..mandi, mencuci di Blue House, sebuah rumah beratap biru yang di dalamnya terhampar marmar biru yang menampung bergelen2 air untuk aku dan rakan2 ku mandi (semua tahapian mesti taw umah neh). Selalu di momokkan konon nya Blue House kami ini ada manusia luar yang slalu skodeng, ah kami tak ambil tahu itu, kami mandi di dalam, mana mungkin mereka nampak..Oh hanya siapa yang pernah mandi di situ saja yang tahu nikmatnya..pernah aku mem-plan kerja gila semasa semua manusia pulang bercuti, aku mengajak dia, dia, dia oh aku tak ingat berapa org, haha..pergi berenang di dalam kolah Blue House..indah nya saat itu..aku sejak dahulunya mmg terkenal dengan kerja gila..tapi semua kerja gila itu akan mengingatkan aku dengan kenangan lama.

suatu cuti, kawan2 sekolahku membawa peralatan memasak dari rumah masing2. tujuan= untuk memasak sendiri hidangan tengah hari kami..(sejak dahulu lagi mmg suka mem-plan projek masakan, sbb itu sekarang aku sangat arif mengenainya) yang pada masa itu cuti panjang yang dewan makan tidak beroperasi, Aku sekali lagi menjadi Chief De' Mission, hidangan tengahari itu, Tomyam dan telur dadar dan beberapa menu sampingan..kami memasak untuk ramai org, kene memasak berulang kali kerana periuk nya hanya la sebuah rice cooker kecil, haha. betapa sukarnya untuk menggoreng telur dadar di dalam rice cooker pada waktu itu.walawpon hidangan nya tak seberapa, tapi saat itu masih tertancap di fikiran aku..masak bersama, makan bersama owh indahnya kenangan..

Pernah aku di tingkatan empat dipaksa untuk mewakili rumah sukan dalam acara bersajak..waahhh!! sangat berjaya ya saiye bersajak..ketua rumah sukan ketika itu adalah kakak angkatku, kak Tibet namanya, dialah yang memaksa aku menyertai pertandingan yang menghorrorkan itu.. manakan tidak aku bukan golongan sastera yang tahu bersajak syair, intonasinya juga aku tak pernah tahu.Teringat kisah aku semasa di darjah lima, mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita. akibat terlalu gabra dan lapa kerna tak lalu makan pada awalnya, akhirnya, aku pengsan semasa sedang menyampaikan cerita bertajuk "Nabi Musa dan Ratu Balkis".Aku sangat takut peristiwa itu berulang kerana perasaan semasa sedar dari pengsan sangatttt..memalukan!..berbekalkan sajak hari merdeka karya Usman Awang, dan seorang pelajar lelaki tingkatan 1 yang aku upah untuk memengang bendera di sebelahku, aku baca sajak itu dengan intonasi membaca surat khabar.bole?haha..aku sangat malu dan mahu lekas turun, aku nampak, wajah menahan gelak kawan-lelaki aku merangkap mr kingkong di hujung dewan. Thank to me kerna buat malam pertandingan malam itu menjadi acara membaca berita jam sepuluh. Stat dari hari itu aku bersumpah takkan mendeklamasikan sebarang sajak lagi..aku mmg takde bakat..haha

aku bukan pelajar bijak di sekolah cuma bila setiap kali peperiksaan besar aku mungkin hanya bernaseb baik. aku juga bukan pelajar kesayangan guru, mungkin kerana sifat "otai' aku tidak bersesuaian dengan tema sekolahku, haha, aku memang tak peduli semua itu, kerana aku senonok begitu. aku juga bukan prefect ataw perfect..prefect pada aku= skema,,,tiba2, rakan baik ku diminta menjadi prefect..hehe..tak mengapalah rakan, awak dah berjaya menjadi prefect yang bagus awak taw walaw pada mulanya dia beria2 menolak tawaran ustat itu..Aku sangat tidak suka prefect pada ketika itu..kerana mereka tali barut warden..haha..aku pernah ponteng kuliah maghrib dan menyorok di dalam loker..wah pada masa itu saiya maseh muat untuk duduk lepak dalam loker ye..hehe.,.nanti, andai anak2 ku kantoi kerna menyorok dalam loker, aku hanya mungkin akan tersenyum..:)..kerana kenakalan aku di sekolah, aku berjanji takmaw menjadi pendidik, kerna aku yakin anak murid ku nanti akan lebeh degil dari aku. tapi jika aku betol2 menjadi pendidik pown, jangan harap lah kamu untuk menyorok, sume tempat yg kamu nak menyorok tuh sume cikgu dah pernah try..haha..bersedia lah untuk kantoi..:)

Aku seorang pen-sukan..bolehkah ayat ini..hehe..ya, aku juga bermain sukan dahulunya, sekolah aku, bilangan atlit boleh dikatakan ramai, aku bermain biasalah, sukan wanita, netball, tidaklah begitu terer, hanya biasa. saat paling tak dapat dilupakan semasa aku di tingkatan 5, pd ms ini aku menjadi kepten, dan hanya pergi ke tempat pertandingan dengan berjalan kaki. tiba2 boleh masuk ke peringkat final (peringkat daerah ketika itu, sekarang aku tak taw di panggil apa) walau pada awalnya ia amatlah mustahil..dan ia terjadi pada tarikh hari lahirku yang ke 17..haha..aku ketika itu, masih bertubuh kecil, tidaklah sebesar ini.hehe..Aku juga suka merejam lembing, jgn tak percaya, aku pernah memecahkan rekot daerah dahulunya di suatu temasya sukan, mungkin kerana sukan ini, ia membesarkan bahu aku..haha..itu cerita dulu..

dulunya, rakan-rakan ku menggelar aku sebagai 'pusat' rakan2, kerana aku bisa menggabungkan berbagai2 kumpulan kawan menjadi 1..aku berkawan dengan semua org. mereka kata aku kawan yang baik (pd pandangan mereka). tapi sekarang, aku tidak pasti aku masih menjadi pusat kepada kawan2 lagi ataw tak, yang aku tahu, aku sekarang duduk di tengah2, tidak paham, ataw tak mahu paham apa yang berlaku, melihat mendengar tanpa sebarang tindakan, tidak menyokong ataw membantah mana2 pihak yang semuanya keras kepala. ataw aku mungkin sudah tidak menjadi seorang kawan yang baik lagi. (T_T).. semuanya buat aku kehilangan senyum..

Setiap yang berlaku punya alasan

righthanded linda aka konda

Manusia natijahnya suka membuat kesimpulan sendiri.Adakah kita termasuk di dalam golongan ini.

Al-Hujuraat ayat 12, bissmillahirahmanirrahim..
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani.


aku? ya.aku mengaku..aku kadang kala nya dan boleh di katakana n kerap juga membuat adaian sendiri. Sesuatu berlaku, walau kita hanya mengerti secebis dari cerita, oh kita dengan senang2 nya  membuat andaian, cth: melihat si polan wanita, dan si polan lelaki berjalan berduaan, kita dengan mudah membuat andaian, mereka adalah pasangan kekasih..maka bermula lah episode mencari cerita mengenai nya dan memperkatakan @ mengumpat..siapa kekasih nya sebelum ini..mengapa dia putus, dan sebagainya.melarat pula bab memberi komen, oh mereka tak serasi..yang lelaki nya hensome gie..yang wanita nya tidak..timbul lah ayat, ”bagi aku, tak seswai langsung diowang tuh”.  Ah, jgn nak menuding diri kepada org lain yang selalu  yang buat kata begitu, kata kan saja, “aku mmg selau buat begitu”.

Tapi hari ini, aku mula sedar. Sebenarnya kawan-kawan, setiap  yang berlaku itu PASTI ada sbb nya.Usahlah kita persoalkan. Dia, mereka, mesti punya sebab melakukan sesuatu, mereka, dia ataw siapa saja sudah dewasa, bukan lagi budak kecil yang boleh kita kata dia tidak matang atau apa. Kalau masih belasan tahun mungkin kita boleh tunjuk ajar.tunjuk ajar sahaja,  Tapi tetap kita tak perlu persoalan. Dia ada alasan sendiri, dan mungkin alasan itu kita tidak pernah terlintas pon di dalam benak kepala. Kita boleh mengatakan itu ini, sebab kita tak tahu kesengsaraan mereka, masalah mereka. Kita tak memalui rentetan hidup dia. Di lingkungan umur 20-an ini, walau sebesar mana sifat tidak logic mereka, mesti ada terselit kematangan. Apa yang aku pohon cubalah mengerti rakan di sekeliling kita. Tak perlu kita Tanya mengapa mereke begitu mengapa mereka begini, dan tak perlu kita membuat kesimpulan sendiri hanya dengan apa yang kita lihat. Tak perlu kamu cuba pahami apa yang terjadi.itu hidup dia.tak perlu lah kita belagak matang, dan orang lain semuanya tidak.oh sematang mana kamu, pasti ada juga khilafnya. Apa yang kita perlu buat, ada bersama mereka bila mereka perlu, tak perlu kita kepoh2 bertanya itu ini, bukan kita wartawan pown. Sampai masa kamu tahu akan hal sebenarnya, kamu mesti rasa bersalah kerana tidak bersamanya sebelum ini.

Bukan semua cerita perlu kita kongsi dengan semua. Bagi aku, aku akan tetap bersama rakan-rakan ku,walau siapa pown mereka. Tak kira bagaimanapown keadaannya, mereka tetap kawan aku. Tak perlu sesiapa menyogok aku dengan kata2 nista mereka yang menjadi kawan aku..senista mereka, aku tahu mereka ada alasan untuk melakukan itu ataw ini. Untuk memilih itu ataw ini. Aku bukan org mulia untuk memilih siapa kawan aku. Siapa yang pernah ataw akan menjadi kawan aku, itu anugerah tuhan untuk aku. Selagi kawan tidak melakukan pengkhiatan di belakang aku, mereka tetap kawan aku. Selagi aku perlu untuk mereka, aku akan tetap di sini. Dan kamu, si pencacai jalanan yang suka membuat kesimpulan, aku tidak kisah kamu. Kerna kamu tidak termasuk dlm senarai kawan aku lagi.

Fahamilah setiap yang berlaku itu, ada alasan nya..itu saja..semua ada alasan. Kembalilah pada Dia.

Kawan, walaw di mana kamu berada, walau aku tidak di sisi, jadi lah kuat. Walaw jasad aku di sini, Semangat aku bersama mu,

"Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud"
(kredit to Mawi n KRU)

i'm an idiot

righthanded linda aka konda

i'm an idiot

aku =bodoh..
that what my bestfrens always describe me..
cik v.a, cik ciom, cik honda civic.
yeah, u were right frens..
aku mmg bodoh..

aku=susahkan org
that what i always thinking..
susakan kwn2, family...
yeah u were right linda..
ko mmg menyusahkan..

maafkan aku eh?
aku susakan kowang..
janji..aku xsusahkan da...
promise..tol2 promise ni..
taw?
aku xkan wat org risaw lg
coz aku sedey bile taw korang risawkan aku..
aku tataw ade org sgt syg aku..
risawkan aku
meh cni..plok kuat2..
mmmmpppphhhhh..

kamu, sowi..
kamu dah ajar sesuatu...
ajar aku persahabatan..
jujur dan transparent..
dari hati
demi seorang sahabat..
yg jarang org wat dgn aku..
time kaseh..(T_T)
aku-sayang-kamu taw..
sangat-sangat..
jgn marah kuat2 lg taw..
aku-takot..:(

kamu yg sorang lagi...:(
kamu ilang ke mana..
tercari-cari..
kamu okey kah?
kamu makan kah?
kamu sihat kah?
jgn la menghilang..
sungguh aku risaw..
balik la..hummm?
balik cepat..taw??
denga tak aku jerit nyh...
BAALAALLLLLLIIIIKKKKKK CEPAAAAAAATTTT!!! :0
Fyuuuhh~~~ erkk uhuk uhuk ~~



p/s: aku akan try syg diri aku dulu lebey dr aku syg org lain..