Ceritera Dulu Kini

righthanded linda aka konda

Terengganu, 21 Mac - panas terik.. tapi langsung tak dapat mengeringkan hati aku yang hambar. Tiba-tiba hujan dengan lebatnya..juga tidak dapat mendinginkan hati aku yang hambar. Dua cuaca yang sangat kontra dalam satu hari yang singkat, sama seperti yang terjadi pada hidup aku yang singkat.Kenapa lah aku banyak sangat ketawa dulu, sampai hari ini aku terkapai-kapai berhempas pulas untuk mencari mancis untuk menyalakan senyum aku. Walau aku jumpa mancis nya, itu belum bermakna aku mampu untuk menghidupkan..oh susahnya untuk kembali senyum..kalau aku tahu begini, aku tak mungkin mahu ketawa besar dulu..

Aku rindu zaman sekolahku, hidup dengan gembira, dengan himpunan rakan2 yang semuanya sekepala, memanggil aku dengan nama ENDE, owh aku rindu panggilan itu..mandi, mencuci di Blue House, sebuah rumah beratap biru yang di dalamnya terhampar marmar biru yang menampung bergelen2 air untuk aku dan rakan2 ku mandi (semua tahapian mesti taw umah neh). Selalu di momokkan konon nya Blue House kami ini ada manusia luar yang slalu skodeng, ah kami tak ambil tahu itu, kami mandi di dalam, mana mungkin mereka nampak..Oh hanya siapa yang pernah mandi di situ saja yang tahu nikmatnya..pernah aku mem-plan kerja gila semasa semua manusia pulang bercuti, aku mengajak dia, dia, dia oh aku tak ingat berapa org, haha..pergi berenang di dalam kolah Blue House..indah nya saat itu..aku sejak dahulunya mmg terkenal dengan kerja gila..tapi semua kerja gila itu akan mengingatkan aku dengan kenangan lama.

suatu cuti, kawan2 sekolahku membawa peralatan memasak dari rumah masing2. tujuan= untuk memasak sendiri hidangan tengah hari kami..(sejak dahulu lagi mmg suka mem-plan projek masakan, sbb itu sekarang aku sangat arif mengenainya) yang pada masa itu cuti panjang yang dewan makan tidak beroperasi, Aku sekali lagi menjadi Chief De' Mission, hidangan tengahari itu, Tomyam dan telur dadar dan beberapa menu sampingan..kami memasak untuk ramai org, kene memasak berulang kali kerana periuk nya hanya la sebuah rice cooker kecil, haha. betapa sukarnya untuk menggoreng telur dadar di dalam rice cooker pada waktu itu.walawpon hidangan nya tak seberapa, tapi saat itu masih tertancap di fikiran aku..masak bersama, makan bersama owh indahnya kenangan..

Pernah aku di tingkatan empat dipaksa untuk mewakili rumah sukan dalam acara bersajak..waahhh!! sangat berjaya ya saiye bersajak..ketua rumah sukan ketika itu adalah kakak angkatku, kak Tibet namanya, dialah yang memaksa aku menyertai pertandingan yang menghorrorkan itu.. manakan tidak aku bukan golongan sastera yang tahu bersajak syair, intonasinya juga aku tak pernah tahu.Teringat kisah aku semasa di darjah lima, mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita. akibat terlalu gabra dan lapa kerna tak lalu makan pada awalnya, akhirnya, aku pengsan semasa sedang menyampaikan cerita bertajuk "Nabi Musa dan Ratu Balkis".Aku sangat takut peristiwa itu berulang kerana perasaan semasa sedar dari pengsan sangatttt..memalukan!..berbekalkan sajak hari merdeka karya Usman Awang, dan seorang pelajar lelaki tingkatan 1 yang aku upah untuk memengang bendera di sebelahku, aku baca sajak itu dengan intonasi membaca surat khabar.bole?haha..aku sangat malu dan mahu lekas turun, aku nampak, wajah menahan gelak kawan-lelaki aku merangkap mr kingkong di hujung dewan. Thank to me kerna buat malam pertandingan malam itu menjadi acara membaca berita jam sepuluh. Stat dari hari itu aku bersumpah takkan mendeklamasikan sebarang sajak lagi..aku mmg takde bakat..haha

aku bukan pelajar bijak di sekolah cuma bila setiap kali peperiksaan besar aku mungkin hanya bernaseb baik. aku juga bukan pelajar kesayangan guru, mungkin kerana sifat "otai' aku tidak bersesuaian dengan tema sekolahku, haha, aku memang tak peduli semua itu, kerana aku senonok begitu. aku juga bukan prefect ataw perfect..prefect pada aku= skema,,,tiba2, rakan baik ku diminta menjadi prefect..hehe..tak mengapalah rakan, awak dah berjaya menjadi prefect yang bagus awak taw walaw pada mulanya dia beria2 menolak tawaran ustat itu..Aku sangat tidak suka prefect pada ketika itu..kerana mereka tali barut warden..haha..aku pernah ponteng kuliah maghrib dan menyorok di dalam loker..wah pada masa itu saiya maseh muat untuk duduk lepak dalam loker ye..hehe.,.nanti, andai anak2 ku kantoi kerna menyorok dalam loker, aku hanya mungkin akan tersenyum..:)..kerana kenakalan aku di sekolah, aku berjanji takmaw menjadi pendidik, kerna aku yakin anak murid ku nanti akan lebeh degil dari aku. tapi jika aku betol2 menjadi pendidik pown, jangan harap lah kamu untuk menyorok, sume tempat yg kamu nak menyorok tuh sume cikgu dah pernah try..haha..bersedia lah untuk kantoi..:)

Aku seorang pen-sukan..bolehkah ayat ini..hehe..ya, aku juga bermain sukan dahulunya, sekolah aku, bilangan atlit boleh dikatakan ramai, aku bermain biasalah, sukan wanita, netball, tidaklah begitu terer, hanya biasa. saat paling tak dapat dilupakan semasa aku di tingkatan 5, pd ms ini aku menjadi kepten, dan hanya pergi ke tempat pertandingan dengan berjalan kaki. tiba2 boleh masuk ke peringkat final (peringkat daerah ketika itu, sekarang aku tak taw di panggil apa) walau pada awalnya ia amatlah mustahil..dan ia terjadi pada tarikh hari lahirku yang ke 17..haha..aku ketika itu, masih bertubuh kecil, tidaklah sebesar ini.hehe..Aku juga suka merejam lembing, jgn tak percaya, aku pernah memecahkan rekot daerah dahulunya di suatu temasya sukan, mungkin kerana sukan ini, ia membesarkan bahu aku..haha..itu cerita dulu..

dulunya, rakan-rakan ku menggelar aku sebagai 'pusat' rakan2, kerana aku bisa menggabungkan berbagai2 kumpulan kawan menjadi 1..aku berkawan dengan semua org. mereka kata aku kawan yang baik (pd pandangan mereka). tapi sekarang, aku tidak pasti aku masih menjadi pusat kepada kawan2 lagi ataw tak, yang aku tahu, aku sekarang duduk di tengah2, tidak paham, ataw tak mahu paham apa yang berlaku, melihat mendengar tanpa sebarang tindakan, tidak menyokong ataw membantah mana2 pihak yang semuanya keras kepala. ataw aku mungkin sudah tidak menjadi seorang kawan yang baik lagi. (T_T).. semuanya buat aku kehilangan senyum..

This entry was posted on Saturday, March 21, 2009 and is filed under , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

linda..try jd pusat skali lagi..aku nak keadaan korg baik b4 zoul dtg sini..