Manusia natijahnya suka membuat kesimpulan sendiri.Adakah kita termasuk di dalam golongan ini.
Al-Hujuraat ayat 12, bissmillahirahmanirrahim..
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani.
aku? ya.aku mengaku..aku kadang kala nya dan boleh di katakana n kerap juga membuat adaian sendiri. Sesuatu berlaku, walau kita hanya mengerti secebis dari cerita, oh kita dengan senang2 nya membuat andaian, cth: melihat si polan wanita, dan si polan lelaki berjalan berduaan, kita dengan mudah membuat andaian, mereka adalah pasangan kekasih..maka bermula lah episode mencari cerita mengenai nya dan memperkatakan @ mengumpat..siapa kekasih nya sebelum ini..mengapa dia putus, dan sebagainya.melarat pula bab memberi komen, oh mereka tak serasi..yang lelaki nya hensome gie..yang wanita nya tidak..timbul lah ayat, ”bagi aku, tak seswai langsung diowang tuh”. Ah, jgn nak menuding diri kepada org lain yang selalu yang buat kata begitu, kata kan saja, “aku mmg selau buat begitu”.
Tapi hari ini, aku mula sedar. Sebenarnya kawan-kawan, setiap yang berlaku itu PASTI ada sbb nya.Usahlah kita persoalkan. Dia, mereka, mesti punya sebab melakukan sesuatu, mereka, dia ataw siapa saja sudah dewasa, bukan lagi budak kecil yang boleh kita kata dia tidak matang atau apa. Kalau masih belasan tahun mungkin kita boleh tunjuk ajar.tunjuk ajar sahaja, Tapi tetap kita tak perlu persoalan. Dia ada alasan sendiri, dan mungkin alasan itu kita tidak pernah terlintas pon di dalam benak kepala. Kita boleh mengatakan itu ini, sebab kita tak tahu kesengsaraan mereka, masalah mereka. Kita tak memalui rentetan hidup dia. Di lingkungan umur 20-an ini, walau sebesar mana sifat tidak logic mereka, mesti ada terselit kematangan. Apa yang aku pohon cubalah mengerti rakan di sekeliling kita. Tak perlu kita Tanya mengapa mereke begitu mengapa mereka begini, dan tak perlu kita membuat kesimpulan sendiri hanya dengan apa yang kita lihat. Tak perlu kamu cuba pahami apa yang terjadi.itu hidup dia.tak perlu lah kita belagak matang, dan orang lain semuanya tidak.oh sematang mana kamu, pasti ada juga khilafnya. Apa yang kita perlu buat, ada bersama mereka bila mereka perlu, tak perlu kita kepoh2 bertanya itu ini, bukan kita wartawan pown. Sampai masa kamu tahu akan hal sebenarnya, kamu mesti rasa bersalah kerana tidak bersamanya sebelum ini.
Bukan semua cerita perlu kita kongsi dengan semua. Bagi aku, aku akan tetap bersama rakan-rakan ku,walau siapa pown mereka. Tak kira bagaimanapown keadaannya, mereka tetap kawan aku. Tak perlu sesiapa menyogok aku dengan kata2 nista mereka yang menjadi kawan aku..senista mereka, aku tahu mereka ada alasan untuk melakukan itu ataw ini. Untuk memilih itu ataw ini. Aku bukan org mulia untuk memilih siapa kawan aku. Siapa yang pernah ataw akan menjadi kawan aku, itu anugerah tuhan untuk aku. Selagi kawan tidak melakukan pengkhiatan di belakang aku, mereka tetap kawan aku. Selagi aku perlu untuk mereka, aku akan tetap di sini. Dan kamu, si pencacai jalanan yang suka membuat kesimpulan, aku tidak kisah kamu. Kerna kamu tidak termasuk dlm senarai kawan aku lagi.
Fahamilah setiap yang berlaku itu, ada alasan nya..itu saja..semua ada alasan. Kembalilah pada Dia.
Kawan, walaw di mana kamu berada, walau aku tidak di sisi, jadi lah kuat. Walaw jasad aku di sini, Semangat aku bersama mu,
5 comments