righthanded linda aka konda

Pada suatu masa yang lalu, aku bersama2 team Abg Lan dari SR Eco Challange Sdn. Bhd membawa 60 org pelajar sekolah Menengah Tok Dor mendaki Gunung Tebu yang Tinggi nya 3000 kaki dari aras laut, dan sejauh 7.5 km dari Lata Belatan, Besut..XPDC ini adalah bertemakan 'Cintai Alam Sekitar'.Aku dan Comey menyertai XPDC ini adalah atas invitation seorang rakan lama (Cikgu di sekolah tersebut) yang memahami minat aku dalam mountaineering..pada awalnya beliau (yakni kawan lama) tak berniat pown nak naik gunung tuh..tetapi selepas beberapa hari, beliau sibuk bertanyakan kasut yang seswai untuk hiking..rupa2 nya, beliau berhasrat untuk menawan puncak gunung Tebu itu dengan alasan "macam best jer" --> bole tahan gak alasan die..Pada hari yang di janjikan, kami pown bertolak la ke besut menaiki Kenderaan Awam SP Bumi, dan Di jemput Oleh Kawan Lama Menaiki 'honda Stremyx' beliau..malam pertamanya, kami berkemah di lata belatan, dan keesokkan nya bertolak memulakan pendakian..Pada awal pendakian, budak2 skolah memang telah dilatih, memecut laju seperti menaiki powil (4 wheel Drive), kami di belakang hanya berkelajuan Enjin arang batu..Kawan lama aku cukup bersemangat, walaupon badan terasa penat tetapi beliau gagahkan kaki mendaki..berjalan...berhenti..dan berjalan lagi..banyak yg kami jumpa sepanjang perjalanan, antaranya, kala jengking, lintah hammer head, beluncas dan pokok2 yang pelik..perjalanan sejauh 6 km tak terasa langsungkerana sepanjang jalan kami berhibur dengan teka-teki dan cerita lucu..Tetapi apabila sampai di 1 km terakhir, mental kawan lama aku mula teruji dek trek mendaki tang tak ada landai nya...selepas 1 bukit, bukit lain menjelma....Puas di pujuk untuk meneruskan perjalanan, bermacam ayat motivasi..beliau berkeras tidak mahu meneruskan perjalanan..tetapi kaki beliau angkat sedidikit sedikit..hingga ke 10 langkah terakhir untuk ke puncak, beliau berkeras mengatakan beliau sudah tidak mampu,selepas berhempas pulas...akhirnya..beliau sampai juga ke puncak dengan bergaya nya...:) ... beliau sangat bersemangat dan harus mendapat pujian..bertubi2 sms dan panggilan telefon diterima bertanyakan keadaan beliau, berpuluh ucapan tahniah diterima.ikuti wawancara bersama kawan lama aku setibanya di Puncak Gunung Tebu




Keesokkannya, kami turun semula ke Lata Belatan..perjalanan semakin lancar, dan beliau berjalan dengan gembira..khabarnya, Pengetua Sekolah sangat tidak sabar menanti beliau di kaki gunung..:)

p/s: congrats to u my kawan lama :)

This entry was posted on Saturday, July 04, 2009 and is filed under , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 comments

honda Stremyx tu mesti laju kan? Berapa Megabyte/second? :=)

haha..
laju gela..
tuan dia yg bg nama 'honda stremyx'
saiye blom siasat lg bape mbps..hehe..:)