Patah itu jurang dingin

righthanded linda aka konda

Dahan yg patah, kalau di gam semula, dapat kah daun2 di hujungnya hidup seperti sebelumnya?
Kerusi yang patah, dapat ia sekuat dulu kalau digam semula?
Tiang yang patah, dapatkah ia seteguh dulu kalau dicantum semula?
Pensel yang patah matanya,dapatkah digunakan untuk menulis walau matanya itu disambung semula?
Tulang yang patah,akankah ia seutuh sebelumnya.?
Dahan, kerusi, tiang,karbon,tulang pada asasnya adalah teguh buatan asalnya.
Tapi bila ia putus, patah ia tidak akan seteguh sebelumnya,
Biar pun telah disambungkan.
Pun begitulah hubungan sesama manusia.

'semakin utuh pertalian, sekali terputus,semakin tipislah kemungkinan untuk kembali utuh semula'

Itu kenyataan hidup
Dan itulah makna jurang yang dingin.

Katanya mahu berhenti mencari madu

righthanded linda aka konda

Si kupu2 malam
Katanya mahu berhenti dari mencari madu bunga
Manakan mungkin
Bukankah itu fitrahnya..
Mahukan bunga bukan kerna bunga itu bunga
Bukan kerna bunga itu cantik
Bukan kerna bunga itu wangi
Hanyalah kerna bunga itu punya madu
Bak kata pepatah, Habis madu sepah di buang?
Yep..pepatah tak pernah salah memerli hidup
Tinggal lah bunga layu..

Katanya mahu berhenti mencari madu bunga
Mungkin takut diabetis lagaknya
Alim lagaknya
Tinggi bahasanya
Puitis ayatnya
Bernas nasihatnyanya
‘jangan begitu, membahayakan kesihatan’
‘jauhi dia, dia berniat jahat’
Tidak kah perlu menuding jari itu dahulu ke dahi sendiri?

Katanya mahu berhenti mencari madu bunga
Berhenti di sini, ke sana hinggapnya
Dan kesana lagi, ke sana lagi, dan ke sana lagi
Tah bila hentinya
Mujurlah kupu-kupu hidupnya tak lama
Sampai umurnya mungkin tercapai niatnya
Yang mahu berhenti mencari madu.
Sampai ke tarikh itu,
Satu soalan saja mahu ku tujukan,
(andai kau paham bahasa manusia)
Brapa banyak madu lagi yang kau perlukan wahai kupu-kupu malam..humm?

Hujan dan tangis itu untuk kebaikan

righthanded linda aka konda

Pabila hujan turun,
Ada yang " alaaamak..hujan la pulak"
Ada yang " Waa hujan...best nye.. sejuk sikit.."
Apapun terjemahan hujan,
Samada Protes atau terima,
Ia..
Kadangkala membawa banjir besar,
Tapi kebanyakkannya mencambahkan biji benih,
Menyegarkan tanaman
Imapaknya hujan ini,
Membawa erti antagonis dan protagonis. Betul?

Ya..
Tapi ia tidak lain hanyalah untuk kebaikan
Tak percaya?
Banjir bersar, akan membawa erti syukur dan insaf ke dalam hati al - insan
Tumbuhan hidup, ya..sudah pasti dan nyata apakah maksud oksigen dan kehidupan...
Tidakkah kita hanya perlu bersyukur?

Kerna Tangisan ibarat hujan yang datangnya bersebab, perginya bertujuan
Tidak lain hanya untuk Kebaikan.

G Ge Gem Gema Gemar

righthanded linda aka konda


Perkara yang digemari
Digemari oleh insan yang tak digemari
Mendatangkan rasa tak gemar lagi kepada perkara yg digemari
Mungkin perlu cari kegemaran lain
Dan pastikan insan yang tak digemari tidak terlibat.
Arggh! Dammit!
Why dont u just get out!
Berambus! Bole?

P/s: is there any1 knows how to breed nudibranch?consultant needed!!