Menu special dari Kuala Lipis

righthanded linda aka konda

Since aku blaja n menetap kat Gannu nih..baru skali aku rase gulai tempoyak yang menepati rase gulai tempoyak yang sebenar, iaitu semasa makan di umah kawan aku di sg tong, tapi still tak same coz gulai die ade penambahan ingredient iaitu serai.kedai2 mkn kat gannu takde 1 pown stakat nih pandai msk gulai tempoyak..aku bukan la seorang yang terrer masak..tapi jika ianya gulai tempoyak (kat kg akau panggil gulai masam), aku still bole buat coz cara nak buat die tak la serumit mane..n plus, kat pahang gulai neh mmg feymes, n mungkin jugak kat perak..kalo kenduri mmg selalu dihidangkan gulai ni.kat umah aku, ni adalah menu rutin and menu special kalo ramai saudara balik kg..selain ikan patin, kita juga boleh tukar dengan ikan2 lain seperti ikan tenggiri, ayam (my fevret), daging (fresh), in fact telur dan keladi juga boleh, termasuklah rebung.disamping bahan asas samada ikan dan sebagainya, kita bole tambah bahan lain seperti timun tua (yg kaler oren tu), ubi keledek, terung dan sebagainya.ia lebih menyerikan gulai dan menambah rasa gulai tersebut...mmg sgt rindu nk makan gulai masam, tp bekalan tempoyak kat umah sewe aku dah abes da..huhu..so, kat sini aku sertakan resepi ikan patin masak tempoyak made in kuala lipis..

pic ihsan dr Mc Budu

Gulai Tempoyak Ikan Patin Kuala Lipis

Bahan-bahan:
ikan patin - 1 ekor
cili padi - 20 biji ( mengikut tahap kepedasan yg diingini)
kunyit hidup - 1 inchi
tempoyak - 4 sudu besar (ikot selera)
daun kesum
garam
ajinomoto
asam keping

cara membuatnya:

1.
ikan patin dipotong 6, dan kemudian di perap dengan asam keping selama 10 minit untuk menghilangkan hanyirnya.(setengah org kan xsuke bau ikan, teknik ini membantu menghilangkan rasa dan bau hanyir semua ikan)

2.
kunyit hidup, cili padi, garam ditumbuk menggunakan lesung batu sehingga semuanya hancur. setelah hancur, gaulkan tempoyak bersamanya.

3.air dimasukkan ke dalam periuk anggaran setengah periuk, masukkan ikan yang telah dibersihkan dan ramuan yang telah ditumbuk tadi. masukkan daun kesum.seterusnya masak di atas dapo.

tu je..pas mendidih, boleh la rase, kalo xcukup garam, tambah. masukkan aji secukop rase (jgn byk, xnk pown xpe :)

untuk tahu dah masak ke belom, ley tekan isi ikan tuh dgn sudu, n if dah x liat ( means ley carikkan dgn senang, masak la tuh..jgn masak lame sgt, nanti ikan hancur.try la..sumpah aku xtipu..:)


p/s:aku bukan pandai masak, hanya tahu memasak..:) so jgn dtg umah sewe aku mintak nasi plak pasneh..nescaye korang akan kecewa..hehe

This entry was posted on Wednesday, April 01, 2009 and is filed under , , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

5 comments

wow dah jadi ala-ala chef wan! dari ko bagi resipi, baik ko masak je bagi aku ekekekekeke

Kena balik kampung nih.... lama tak pekena gule masa makanjang!

Sambe itam takdeh ke?

lok: hehe..susa sket la kalo bab nak memasak kat gannu neh..xcukop kelengkapan la..hehe


cu: huhu. jom balik kg..makjang maznam akan ke tengganu tak lame lg..hehe

aiseh..apsal ade tambah pak aji? bahaye tuh linde! heh

ala..bukan aku tambah sesenduk bhai..hehe..secubit aje..penambah selera..:)